Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Mutakhir Pekerja wanita parah kilang proses ubat tradisional Cina terbakar
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Mutakhir Pekerja wanita parah kilang proses ubat tradisional Cina terbakar

Mutakhir Pekerja wanita parah kilang proses ubat tradisional Cina terbakar

 Berita Harian Online, 26 August 2013

BUTTERWORTH: Seorang pekerja wanita warga asing parah apabila sebuah kilang memproses ubat tradisional Cina terbakar dan meletup menyebabkan sebahagian struktur kilangnya runtuh di Kawasan Perusahaan Perai 3, Perai di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, kebanyakan pekerja kilang terbabit dikatakan sudah keluar untuk berehat dan makan tengah hari. Mangsa sudah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, di sini, untuk rawatan kecemasan.

Dua kenderaan yang diletakkan di hadapan kilang dikatakan turut rosak kerana terkena serpihan struktur kilang yang tercampak dalam letupan itu.

Difahamkan, pihak pengurusan kini sedang mengumpul pekerja untuk memeriksa sama ada terdapat pekerja mereka yang lain terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

Cetak Emel