• Arkib Berita
  • 2013
  • Tingkat kesedaran kurang kemalangan ketika kerja
Slider

Tingkat kesedaran kurang kemalangan ketika kerja

 

Utusan Online, 27 November 2013

news 27112013 uo
Sebahagian daripada peserta diberi pendedahan cara yang betul memadam kebakaran sewaktu Program OSH@POLY III 2013 di Melaka, baru-baru ini.

MELAKA 26 Nov. - Politeknik Melaka dengan kerjasama Jawatankuasa Pelaksana Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) baru-baru ini menganjurkan Program OSH@POLY III 2013 dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan penyakit sewaktu bekerja.

Pengarahnya, Rashidah Mustapa berkata, program berkenaan dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar politeknik berkenaan teknik keselamatan serta kesihatan bertujuan melahirkan tenaga kerja bijak, selamat dan sihat.

Menurutnya, pelbagai teknik serta kaedah dilaksanakan dalam mematuhi segala aspek keselamatan dan kesihatan bagi mengurangkan kadar kemalangan dan penyakit sewaktu bekerja.

"Membudayakan agenda keselamatan dan kesihatan pekerja adalah salah satu usaha proaktif kami dalam meningkatkan tahap kesedaran pekerja dan pelajar terutama pembabitan mereka dalam kerja-kerja kejuruteraan yang berisiko tinggi," katanya.

Jelas Rashidah, setiap langkah serta tindakan perlu diambil secara serius kerana membabitkan nyawa manusia.

Sementara itu, pelbagai program berkaitan diatur seperti latihan kebakaran, taklimat Pelan Tindakan Pengungsian Bangunan Ketika Menghadapi Bencana atau Kecemasan, ceramah keselamatan kesedaran kebakaran oleh Pusat Pencegahan Kebakaran serta demonstrasi pemadaman api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Cetak Emel