Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Steam Engineer Training Centre

  • Berdasarkan peruntukan perundangan di Seksyen 29 Akta Kilang dan Jentera menyatakan Jentera tertentu tidak boleh dikendalikan tanpa kakitangan bertauliah.  Seksyen 29 (2) pula menyatakan tidak ada seorang pun boleh mengendalikan jentera berperakuan seperti dandang stim tanpa mempunyai kompetensi sebagai jurutera dan drebar.

    Sehubungan itu, adalah menjadi kewajipan kepada semua jurutera untuk memohon kompetensi dari Jurutera Stim dari jabatan untuk membolehkan mereka mengendalikan dandang stim yang terdapat di dalam industri.

    Bagi memastikan persediaan calon-calon jurutera stim ini untuk bersedia dengan proses penilaian jabatan, calon-calon jurutera stim akan dikehendaki untuk hadir menjalani kursus formal berkenaan dandang stim dan tanggungjawab sebagai jurutera stim terlebih dahulu.

    Oleh yang demikian, bagi memastikan standard latihan yang diberikan oleh penyedia latihan dapat dikawal, pengiktirafan akan diberikan kepada penyedia latihan yang memenuhi kriteria – kriteria yang telah ditetapkan oleh jabatan.

Print Email