Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Steam Boiler Engineer

    • Seksyen 31C (1) iaitu seseorang yang berniat untuk berdaftar sebagai orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar hendaklah mengemukakan suatu permohonan bagi pendaftaran kepada Ketua Pengarah mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
    • Seksyen 31C (2) iaitu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
  • Jadual Temuduga (Ujian Lisan) & Peperiksaan Bertulis Jurutera Stim/ Jurutera Enjin Pembakaran Dalam bagi Tahun 2024

    Bil.

    Bulan

    Perkara

    Tarikh

    1

    Februari

    Peperiksaan Bertulis

    27 - 29 Februari 2024  

    Ujian Lisan (Bahagian C)

    13 - 15 Februari 2024 

    2

    Mei

    Ujian Lisan (Bahagian C)

    14 - 16 Mei 2024 

    3

    September

    Peperiksaan Bertulis

    03 September 2024 

    Ujian Lisan (Bahagian C)

    03 - 05  September 2024

    Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan bagi sesi September 2024 adalah diperuntukkan hanya untuk permohonan Jurutera Stim/ Enjin Pembakaran Dalam yang telah dibuat sebelum 1 Jun 2024 sahaja. Manakala permohonan yang dibuat pada dan selepas 1 Jun 2024 adalah tertakluk kepada syarat-syarat permohonan yang baharu, sila rujuk "Panduan Permohonan Pendaftaran dan Pembaharuan Jurutera Dandang Stim".

    Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Puan Farah Nur Syafiqah binti Sulaiman ditalian 03-8886 5297 atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • PEMBERITAHUAN
     
    Adalah dimaklumkan bahawa, semua pemegang perakuan kebolehan Jurutera Stim dan Jurutera Enjin Pembakaran Dalam (buku fizikal) dikhendaki untuk membuat penggantian perakuan kebolehan dari buku fizikal ke slip perakuan pendaftaran sebelum 31 Disember 2024. Arahan penggantian ini adalah selari dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang akan berkuatkuasa 1 Jun 2024. Jika gagal membuat permohonan penggantian kepada jabatan sebelum atau pada 31 Disember 2024, perakuan kekompetenannya adalah dianggap terbatal dan loji dandang stim tidak boleh dibawah kawalannya mengikut Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Loji Yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024.
     
    Permohonan penggantian perakuan kebolehan dari buku fizikal kepada slip perakuan pendaftaran hendaklah dibuat melalui perkhidmatan sistem mySKUD yang boleh dilayari di Single-Sign-On (SSO) sistem mykkp. Sebelum permohonan penggantian perakuan kebolehan Jurutera Stim/EPD boleh dibuat, pemohon perlu membuat migrasi data terlebih dahulu. Pemohon perlu mengisi excel "Borang Kemaskini Rekod Jurutera Stim, Jurutera EPD" beserta salinan buku perakuan tersebut dan dihantar ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Permohonan penggantian di sistem mySKUD hanya boleh dibuat setelah proses migrasi selesai. Sila rujuk kepada poster tatacara Penggantian Buku Perakuan Kebolehan Jurutera Stim/EPD Gred 1 & 2  dibawah untuk rujukan pihak tuan/puan.
     
    Jika pemohon mempunyai kelayakan tambahan di dalam buku perakuan kebolehan yang yang sama, pemohon perlu mengisi kedua-dua maklumat perakuan kebolehan tersebut ketika membuat migrasi data. Kemudian, pemohon perlu membuat dua (2) permohonan penggantian berasingan di sistem mySKUD untuk setiap perakuan kebolehan tersebut setelah proses migrasi data selesai. Sebagai contoh, pemohon mempunyai perakuan kebolehan Jurutera Stim (JS) Gred 1 dan mempunyai kelayakan tambahan Jurutera Enjin Pembakaran Dalam (EPD) Gred 2 di dalam buku perakuan kebolehan yang sama (sila rujuk gambar di bawah sebagai rujukan). Ketika membuat migrasi data, pemohon perlu mengisi maklumat kedua-dua perakuan kebolehan JS Gred 1 dan Jurutera EPD Gred 2 di excel "Borang Kemaskini Rekod Jurutera Stim, Jurutera EPD" tersebut. Setelah proses migrasi data selesai, pemohon perlu membuat permohonan penggantian bagi perakuan kelayakan Jurutera Stim Gred 1 terlebih dahulu. Setelah permohonan penggantian tersebut diluluskan, pemohon perlu membuat 1 lagi permohonan penggantian di sistem mySKUD untuk kelayakan tambahan yang dimiliki iaitu Jurutera EPD Gred 2. Permohonan  penggantian di dalam sistem mySKUD tidak boleh dibuat secara serentak untuk kedua-dua perakuan kebolehan tersebut (perlu selesaikan 1 permohonan penggantian dahulu, barulah permohonan penggantian tambahan dapat dibuat)


     
     
    Turut disertakan bersama Surat Arahan Penggantian, Manual Pemohon dan Garis Panduan bagi Permohonan Penggantian Buku Perakuan Kebolehan Jurutera Stim/ Enjin Pembakaran Dalam untuk rujukan Tuan / Puan.

    Oleh yang demikian, pihak Jabatan berharap semua pemegang kompetensi Jurutera Stim dan Jurutera Enjin Pembakaran Dalam dapat membuat penggantian buku perakuan kebolehan fizikal kepada slip perakuan kelayakan untuk melancarkan proses penguatkuasaan dan pematuhan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Pindaan 2022 (Akta A1648) yang dijangka berkuatkuasa pada tahun 2024. Kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan.
     

     
     

Print Email