Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Operator Dandang Stim

    • Seksyen 31C (1), Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, iaitu seseorang yang berniat untuk berdaftar sebagai orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar hendaklah mengemukakan suatu permohonan bagi pendaftaran kepada Ketua Pengarah mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
    • Seksyen 31C(2), Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, iaitu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

    Bagi loji Dandang Stim, 2 kompetensi operator atau orang menjaga yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) iaitu, Operator Dandang Stim Gred 1 dan Gred 2 :

    "PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (LOJI YANG MENGHENDAKI PERAKUAN KELAYAKAN) 2024

     
    BAHAGIAN V  ( KAWALAN DAN PENGENDALIAN DANDANG STIM )
     
    12. (1) Seseorang pemunya atau penghuni hendaklah memastikan mana-mana dandang stim berada di bawah kawalan orang kompeten yang merupakan jurutera dandang stim sama ada yang diambil kerja atau bertindak sebagai  jurutera dandang stim pelawat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Belas.
     

    (2) Seseorang pemunya atau penghuni hendaklah memastikan mana-mana dandang stim dikendalikan dan dijaga oleh orang kompeten yang merupakan operator dandang stim sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Belas.

    RINGKASAN KATEGORI PEMOHON DAN PANDUAN BERKAITAN BAGI OPERATOR DANDANG STIM

     

    BIL.

    KATEGORI PEMOHON

    JENIS PERMOHONAN

    PANDUAN

    PLATFORM

    TARIKH AKHIR

    1.

    Pemohon Yang Ingin Mendaftar Sebagai Operator Dandang Stim

    (Pendaftaran Baharu)

    Permohonan Pendaftaran Dan Pembaharuan

    Panduan Permohonan Pendaftaran Dan Pembaharuan Operator Dandang Stim

    MyKKP

    Tiada Tarikh Akhir Ditetapkan

    2.

    Pemohon Yang Ingin Membuat Notifikasi Pendaftaran Semula Iaitu Pertukaran Buku Fizikal Kepada Slip Perakuan (MyKKP)

    Notifikasi Pendaftaran Semula Perakuan Kebolehan (Pertukaran Buku Kepada Slip)

    Panduan Notifikasi Pendaftaran Semula

    MyKKP

    &

    Emel ke Pejabat Negeri

    31 Disember 2024

    3.

    Pemegang Kekompetenan Sedia Ada (Pemilik Slip Perakuan (MyKKP) Yang Tidak Mempunyai Tarikh Luput)

    Tidak Perlu Membuat Pemohonan Atau Notifikasi

    Pemegang Kekompetenan Ini Akan Diberikan Secara Automatik Tamat Tempoh Selama 3 Tahun Bermula

    1 Jun 2024 Hingga 31 Mei 2027

     (sila rujuk profil di MyKKP)

    MyKKP

    Tiada Tarikh Akhir Ditetapkan

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

  • 1.0 PENDAHULUAN

    Panduan ini disediakan untuk rujukan pemohon semasa membuat permohonan pendaftaran baru dan permohonan pembaharuan Operator Dandang Stim bagi memastikan pemohon mendapat panduan yang tepat dan jelas serta mengelakkan kekeliruan kepada pihak pemohon berkenaan hal-hal berkaitan permohonan pendaftaran baru dan permohonan pembaharuan Operator Dandang Stim. Panduan permohonan ini terbahagi kepada dua (2) iaitu:

    a. Panduan Permohonan Pandaftaran Baru:
    i. Operator Dandang Stim Gred Satu (1)
    ii. Operator Dandang Stim Gred Dua (2)
    b. Panduan Permohonan Pembaharuan
    Kaedah permohonan adalah secara atas talian di sistem MyKKP (http://mykkp.dosh.gov.my)

    2.0 PUNCA KUASA

    Seksyen 31C (1), Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, iaitu seseorang yang berniat untuk berdaftar sebagai orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar hendaklah mengemukakan suatu permohonan bagi pendaftaran kepada Ketua Pengarah mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

    Seksyen 31C (2), Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, iaitu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

    3.0 TAFSIRAN

    Operator Dandang Stim adalah panggilan kepada orang kompeten yang dilantik oleh pemunya atau penghuni untuk mengendalikan dan menjaga mana-mana loji berkaitan dandang stim sebagaimana yang dinyatakan di dalam peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Loji Yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024.

    4.0 SKOP

    Skop panduan ini adalah terpakai bagi pemohon yang ingin membuat permohonan sebagai Operator Dandang Stim.

    PERMOHONAN OPERATOR DANDANG STIM.jpg

    Lampiran Dokumen:
     
    Borang Pemeriksaan Kesihatan

    *Nota : Borang ini juga boleh di muat turun melalui sistem MyKKP di Sub Modul Panduan/Lain-lain/Borang Perubatan
  • 1.0       PENDAHULUAN

    Semua perakuan kekompetenan termasuk Operator Dandang Stim (sebelum ini dikenali sebagai Drebar Enjin Stim / Boilerman) yang dikeluarkan sebelum atau pada 31 Mei 2024 di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139) yang tidak mempunyai tarikh luput, hendaklah membuat notifikasi ke Jabatan untuk mendapatkan pendaftaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) sebelum 31 Disember 2024 mengikut syarat dan kaedah yang di tetapkan oleh Jabatan.

    2.0       SYARAT-SYARAT NOTIFIKASI PENDAFTARAN SEMULA

    Notifikasi Pendaftaran Semula ini hanya boleh dimohon oleh Operator Dandang Stim yang mepunyai Perakuan Kebolehan Drebar Enjin Stim di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139) dalam bentuk fizikal (buku) yang tidak mempunyai tarikh luput di mana rekod pendaftaran Operator Dandang Stim tersebut tiada di dalam sistem MyKKP Jabatan.

               

    3.0       KAEDAH NOTIFIKASI PENDAFTARAN SEMULA

    Bil.

    Tatacara

    Penerangan

     

    3.1

     

     

    Pendaftaran Akaun MyKKP

    a) Pemohon hendaklah membuat pendaftaran akaun MyKKP dan mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan dengan melengkapkan maklumat seperti diminta.

    b) Akaun MyKKP ini adalah penting kerana selaras dengan kehendak Jabatan dalam mendigitalkan semua kekompetanan dan memudahkan urusan untuk tindakan lanjut Jabatan dan pemohon.

    c) Jika akaun MyKKP tidak didaftarkan oleh pemohon, proses migrasi data tidak boleh dilakukan.

     

    3.2

     

    Notifikasi ke Jabatan di JKKP Negeri

    a) Pemohon hendaklah membuat notifikasi ke JKKP Negeri mengikut lokasi tempat kerja terkini melalui emel. Tajuk emel adalah “Notifikasi Pendaftaran Semula Perakuan Kebolehan Drebar Enjin Stim (Pemutihan)”.

    b) Pemohon juga hendaklah mengemukakan dokumen dan maklumat seperti di bawah:

    i. Borang Kemaskini Rekod Operator Dandang Stim (Microsoft excel); Borang ini hendaklah di lengkapkan secara bertaip melalui komputer.

    ii. Salinan kad pengenalan (muka depan dan belakang yang berwarna).

    iii.Salinan perakuan kebolehan fizikal (buku) gred yang tertinggi sahaja dan perlu terang dan jelas.

    c) Pihak Jabatan akan membuat semakan setelah menerima permohonan.

    d) Senarai emel mengikut negeri:

          i.        JKKP WP Kuala Lumpur – (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

         ii.        JKKP Selangor – (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

        iii.        JKKP Johor – (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

       iv.        JKKP Perak – (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

         v.        JKKP Sarawak – (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

       vi.        JKKP WP Labuan – (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

      vii.        JKKP Melaka – (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

     viii.        JKKP Pahang – (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

       ix.        JKKP Terengganu – (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

         x.        JKKP Perlis – (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

       xi.        JKKP Negeri Sembilan – (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

      xii.        JKKP Kedah – (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

     xiii.        JKKP Pulau Pinang – (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

     xiv.        JKKP Kelantan – (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

      xv.        JKKP Sabah – (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

     

    3.3

     

    Proses Migrasi Data

    a) Data pemohon akan dimigrasikan ke dalam sistem MyKKP.

    b) Pemohon boleh membuat semakan dengan melihat Profil Orang Yang Kompeten di ruangan Profil Pemohon pada akaun MyKKP atau semakan OYK (melalui Portal DOSH/ Semakan/ Kelulusan/ Orang Kompeten) dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dibuat. https://www.dosh.gov.my

    c) Tiada surat kelulusan dan slip perakuan pendaftaran dikeluarkan, pemohon boleh menggunakan Profil Orang Yang Kompeten sebagai bukti Perakuan Pendaftaran yang sah.

    d) Tempoh sah pendaftaran adalah 3 tahun dari tarikh yang diluluskan.

     

    4.0       Fi

    Tiada fi dikenakan bagi permohonan ini.

    5.0       PEMAKLUMAN

    Jika gagal membuat notifikasi kepada jabatan sebelum atau pada 31 Disember 2024, perakuan kekompetenannya adalah dianggap terbatal dan tidak lagi boleh mengendali atau menjaga dandang stim mengikut Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Loji Yang Menghendaki Perakuan Kelayakan)2024.

     Lampiran Dokumen:

    Panduan Notifikasi Pendaftaran Semula

     

Print Email