Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Pengendali Perancah

  • Di dalam Peraturan 74 (1) Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Kendalian Bangunan Dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986, menyatakan bahawa “tiada perancah boleh dibina atau sebahagian besarnya diubah atau ditanggalkan kecuali di bawah penyeliaan terus oleh orang yang ditetapkan (designated person).

    Maksud orang yang ditetapkan (designated person) ditafsirkan sebagai seseorang kompeten yang dilantik oleh majikan untuk menjalankankerja-kerja penyeliaan atau memeriksa atau menjalankan tugas atau yang dinyatakan di dalam peraturan. Manakala orang kompeten di dalam konteks ini di maksudkan seseorang yang telah mengikuti dan lulus kursus pengendali perancah dan memperoleh sijil kompetensi dari pusat pengajar yang diiktiraf oleh JKKP.

    Di dalam Pekeliling Ketua Pengarah Bilangan 12 Tahun 1999 (Arahan Pendaftaran Pengendali Perancah Dan Operator Kren), perkara 4(d) memaklumkan setiap pengendali perancah hendaklah berdaftar dengan JKKP sebelum mereka dibenarkan menjalankan kerja-kerja memasang, menyelenggara dan merombak perancah.

    Tempoh sijil kompetensi yang dikeluarkan oleh JKKP adalah selama 2 tahun dan permohonan pendaftaran dan pembaharuan hendaklah dibuat dalam tempoh setahun selepas lulus penilaian atau tarikh tamat tempoh sijil kompetensi. Bagi yang memohon selepas tempoh tersebut, pemohon dikehendaki hadir penilaian semula yang dikendalikan oleh pusat pengajar yang diiktiraf oleh jabatan.

  • Pendaftaran

    Pendaftaran Orang Yang Kompeten (OYK) Pengendali Perancah 

    • MyKKP di url http://mykkp.dosh.gov.mydengan cara : Log Masuk (ID Dan Kata Laluan) > Orang Yang Kompeten (paparan Dashboard) > Keselamatan > Pengendali Perancah > Asas/Pertengahan/Tertinggi (sila pilih salah satu)

    Rujukan juga boleh dibuat di laman sesawang mykkp dengan mengklik tab PANDUAN > ORANG YANG KOMPETEN > KESELAMATAN > PENGENDALI PERANCAH > PENDAFTARAN 

    Dokumen

    • Maklumat Am Pemohon
    • Maklumat Majikan
    • Maklumat Kelayakan Akademik
    • Maklumat Pengalaman Kerja
    • Maklumat Kursus Berkaitan Permohonan
    • Maklumat Sijil-Sijil Akademik Dan Kompetensi Pemohon 
    • Maklumat Perubatan (terkini)
    • Dokumen sokongan :
    • Salinan Kad Pengenalan - WAJIB
    • Surat akuan asal majikan yang menunjukkan tugas-tugas harian yang terperinci dan jentera di bawah jagaan pemohon sehingga sekarang -WAJIB
    • Lain-lain dokumen yang diminta sekiranya perlu
    • Membuat Perakuan dan Hantar untuk permohonan pendaftaran
    • Pemohon perlu menunggu panggilan temuduga daripada JKKP Negeri bagi Tarikh dan Masa temuduga

    Pembaharuan

    Pembaharuan Orang Yang Kompeten (OYK) Pengendali Perancah 

    • MyKKP di url http://mykkp.dosh.gov.mydengan cara : Log Masuk (ID Dan Kata Laluan) > Orang Yang Kompeten (paparan Dashboard) > Notifikasi Pembaharuan > Maklumat OYK > Pembaharuan

    Rujukan juga boleh dibuat di laman sesawang mykkp dengan mengklik tab PANDUAN > ORANG YANG KOMPETEN > KESELAMATAN > PENGENDALI PERANCAH > PEMBAHARUAN 

    Dokumen

    • Maklumat Am Pemohon
    • Maklumat Majikan
    • Maklumat Kelayakan Akademik
    • Maklumat Pengalaman Kerja
    • Maklumat Sijil-Sijil Akademik Dan Kompetensi Pemohon 
    • Maklumat Perubatan (terkini)
    • Dokumen sokongan :
    • Salinan Kad Pengenalan - WAJIB
    • Surat akuan asal majikan yang menunjukkan tugas-tugas harian yang terperinci dan jentera di bawah jagaan pemohon sehingga sekarang -WAJIB
    • Lain-lain dokumen yang diminta sekiranya perlu
    • Membuat Perakuan dan Hantar untuk permohonan pembaharuan

    PERTANYAAN LANJUT

    Sila berhubung dengan pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri berkaitan permohonan. Sila layari laman sesawang www.dosh.gov.my > HUBUNGI KAMI untuk direktori JKKP Negeri.

Print Email