Breadcumb Caption
  • Resources
  • Archive
  • Archive News
  • 2012
  • Nahas industri menurun 50%
Breadcumb Caption
  • Resources
  • Archive
  • Archive News
  • 2012
  • Nahas industri menurun 50%

Nahas industri menurun 50%

Utusan Malaysia, 27 April 2012

KUALA LUMPUR 26 April - Kadar kemalangan dan kecederaan di tempat kerja mencatat penurunan sebanyak 50 peratus pada 2010 berbanding 10 tahun lalu.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, berdasarkan data dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), sebanyak 35,616 kes kemalangan perindustrian dilaporkan pada tahun 2010 berbanding 75,386 kes pada 2000.

“Kes-kes kemalangan itu melibatkan sektor perkilangan sebanyak 599 kes, pembinaan (4,665 kes) dan perkhidmatan (2,819 kes). Penurunan ini adalah satu perkembangan yang amat positif.

“Faktor-faktor yang menyebabkan kadar kemalangan perindustrian berkurangan ialah kerjasama antara kerajaan, NIOSH, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Perkeso yang bergerak sebagai satu pasukan dalam membawa kesedaran mengenai isu ini kepada pihak majikan dan pekerja," katanya.

Print Email