Breadcumb Caption
  • Resources
  • Archive
  • Archive News
  • 2011
  • Penyelia keselamatan tapak projek wajib dilantik 1 Jan
Breadcumb Caption
  • Resources
  • Archive
  • Archive News
  • 2011
  • Penyelia keselamatan tapak projek wajib dilantik 1 Jan

Penyelia keselamatan tapak projek wajib dilantik 1 Jan

Utusan Malaysia, 11 Ogos 2011

ALOR SETAR 11 Ogos – Semua syarikat pembinaan diwajibkan melantik penyelia keselamatan tapak binaan (site safety supervisor/SSS) berkuat kuasa 1 Januari tahun depan bagi memastikan tahap keselamatan pekerja di tapak pembinaan dalam keadaan selamat semasa kerja pembinaan dijalankan.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Johari Basri berkata, ini kerana kadar kemalangan maut di tapak pembinaan mencatatkan jumlah tertinggi tahun lepas iaitu sebanyak 66 kes.

Bagi tahun ini iaitu dari Januari hingga Mei, jumlah kemalangan maut yang dicatatkan adalah sebanyak 17 kes.

"Bagi syarikat yang mempunyai projek yang bernilai RM20 juta ke atas, mereka perlu melantik dan menggaji sepenuh masa penyelia berkenaan serta Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) bagi membolehkan mereka menyelia dan memastikan aspek keselamatan pekerja terjamin.

"Mereka perlu memeriksa tahap keselamatan jentera atau tapak pembinaan itu sendiri, dan jika selamat, baru mereka memberi kebenaran kepada pekerja pembinaan meneruskan kerja pembinaan itu," katanya kepada pemberita pada

penutupan Program Taklimat dan Dialog Keselamatan dan Kesihatan di Wisma Persekutuan Anak Bukit di sini semalam. – Bernama

Print Email