• ProKeM-Kebangsaan
Slider

JEMPUTAN MENYERTAI KAJIAN PROFIL DAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESIHATAN MENTAL PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA (ProKeM-Kebangsaan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

YBhg. Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI KAJIAN PROFIL DAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESIHATAN MENTAL PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA (ProKeM-Kebangsaan)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian profil dan pembangunan garis panduan pengurusan kesihatan mental pekerjaan di tempat kerja sedang dijalankan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA.

3. Matlamat utama ProKeM-Kebangsaan adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai landskap kesihatan mental, kemungkinan persekitaran tempat kerja dan kemungkinan aktiviti pekerjaan yang menyumbang kepada kesihatan mental. Data ini seterusnya akan digunakan untuk membangunkan garis panduan pengurusan kesihatan mental pekerjaan di tempat kerja. ProKeM-Kebangsaan terbuka kepada semua pekerja dan majikan di Malaysia. Untuk makluman, ProKeM-Kebangsaan bukanlah untuk proses diagnosis dan tiada sebarang maklumat peribadi akan dikumpulkan (kecuali atas dasar sukarela). Peserta yang berminat perlu mengisi tiga (3) komponen soalan seperti berikut:

  1. Maklumat asas
  2. Saringan DASS21
  3. Skala Kemungkinan Persekitaran & Pekerjaan terhadap status kesihatan mental pekerja (SKIPP).

4. Bagi majikan/wakil majikan pula, YBhg. Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menjawab soalan berkaitan dengan amalan sedia ada pada bahagian ‘amalan majikan’. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar program ini mendapat sokongan dan penglibatan daripada YBhg. Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan, Saringan ini boleh diisi di pautan berikut:

  1. Versi Bahasa Melayu

Kajian Profil dan Pembangunan Garis Panduan Pengurusan Kesihatan Mental Pekerjaan di Tempat Kerja (ProKeM-Kebangsaan): https://forms.gle/p7kEJWKomnPqUW8s9 

  1. Versi Bahasa Inggeris

Profile Study and Development of Occupational Mental Health Management Guidelines in the Workplace (ProKeM-Kebangsaan): https://forms.gle/c7CeyuRVGiq4mL6M6 

Segala kerjasama dan sokongan daripada YBhg. Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai. Semoga kita sama-sama akan mendapat manfaat daripadanya.

Sekian, terima kasih. 

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Print Email