Breadcumb Caption
  • CONTACT US
  • FAQ
Breadcumb Caption
  • CONTACT US
  • FAQ

CIMAH

A) UMUM

Jawapan:

CIMAH merupakan suatu peraturan yang diwujudkan dibawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Peraturan ini dinamakan sebagai Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996 atau singkatannya dipanggil Peraturan CIMAH 1996.

Jawapan:

suatu aktiviti industri yang melibatkan atau mungkin akan melibatkan suatu kuantiti bahan berbahaya atau kategori atau kategori-kategori bahan yang lebih daripada sepuluh peratus kuantiti ambang bahan atau bahan-bahan berbahaya;

di mana maksud aktiviti industri tersebut adalah

  • suatu operasi yang dijalankan dalam suatu pepasangan industri yang disebut dalam Jadual 4 yang melibatkan atau akan melibatkan satu atau lebih bahan berbahaya, dan termasuklah simpanan dan pengangkutan di kawasan tapak yang berkaitan dengan operasi tersebut; atau
  • suatu penyimpanan atau penyediaan bahan berbahaya di mana-mana tempat, pepasangan, premis, bangunan atau kawasan tanah sama ada terasing atau dalam suatu establismen, iaitu suatu tapak yang digunakan bagi maksud penyimpanan.

Jawapan:

  1. suatu pepasangan nuklear;
  2. suatu pepasangan di bawah angkatan tentera;
  3. suatu kenderaan atau vesel yang mengangkut bahan berbahaya ke atau dari tapak suatu aktiviti industri; dan
  4. suatu aktiviti industri yang melibatkan atau mungkin akan melibatkan suatu kuantiti bahan berbahaya atau kategori atau kategori-kategori bahan yang adalah atau sama atau kurang daripada sepuluh peratus kuantiti ambang bahan atau bahan-bahan berbahaya.

B) BORANG PEMBERITAHUAN AKTIVITI INDUSTRI (BORANG JKKP 5)

Jawapan:

Ya, pihak pepasangan perlu mengemukakan JKKP5 secara dalam talian menerusi sistem MyKKP pada kadar segera jika tidak pernah mengemukakan JKKP5, atau jika terdapat perubahan kepada sebarang butiran di dalam JKKP5 yang dikemukakan sebelum ini.

Jawapan:

Ya, pihak pepasangan perlu mengemukakan semula JKKP5 secara dalam talian menerusi sistem MyKKP walaupun pernah mengemukakan borang JKKP5 secara manual sebelum 01 Oktober 2023. Kesemua pepasangan yang telah diklasifikasikan sebelum 01 Oktober 2023 adalah diwajibkan untuk berbuat demikian sebelum 31 Disember 2024.

Jawapan:

Pihak pepasangan perlu melaksanakan arahan yang dinyatakan di dalam surat klasifikasi pepasangan. Surat ulasan boleh dimuat turun menerusi sistem MyKKP selepas selesai menghantar JKKP5 secara dalam talian.

C) LAPORAN AKTIVITI INDUSTRI (LAI) DAN PELAN KECEMASAN TAPAK (ERP)

Jawapan:

Pihak pepasangan bertanggungjawab untuk menyemak dokumen LAI dan ERP yang disediakan. Walaubagaimanapun, pihak Jabatan berhak merujuk dokumen yang dikemukakan dan meminta maklumat tambahan sekiranya dirasakan dokumen dikemukakan tidak memuaskan.

Jawapan:

Kelewatan penghantaran dokumen LAI dan ERP adalah menjadi kesalahan. Dokumen perlu dihantar dalam tempoh yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, pepasangan yang mempunyai justifikasi tertentu boleh menghantar permohonan pelanjutan tempoh masa secara bertulis untuk dipertimbangkan oleh pihak Jabatan. Jabatan berhak untuk menerima dan menolak permohonan pepasangan.

Jawapan:

Ya. Tarikh luput dokumen ialah tiga (3) tahun dari tarikh akhir berunding dengan Orang Kompeten.

E) DOKUMEN DEMONSTRASI OPERASI SELAMAT (DOS)

Jawapan:

Setelah borang JKKP 5 dikemukakan beserta surat iringan yang menyatakan pepasangan adalah diklasifikasi dalam kategori Pepasangan Bahaya Bukan Besar (NMHI) dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum beroperasi

Jawapan:

Pihak pepasangan bertanggungjawab untuk menyemak dokumen DOS yang disediakan. Walaubagaimanapun, pihak Jabatan berhak merujuk dokumen yang dikemukakan dan meminta maklumat tambahan sekiranya dirasakan dokumen dikemukakan tidak memuaskan.

Jawapan:

Kelewatan penghantaran dokumen DOS adalah menjadi kesalahan. Dokumen perlu dihantar dalam tempoh yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, pepasangan yang mempunyai justifikasi tertentu boleh menghantar permohonan pelanjutan tempoh masa secara bertulis untuk dipertimbangkan oleh pihak Jabatan. Jabatan berhak untuk menerima dan menolak permohonan pepasangan.

Jawapan:

Dokumen DOS terpakai sehingga terdapat pindaan pada butiran di borang JKKP 5.

F) ORANG YANG KOMPETEN MAJOR HAZARD (OKMH)

Jawapan:

 Syarat kelayakan pendaftaran OKMH adalah: -

  1. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda sama ada dalam bidang Kejuruteraan atau Fizik atau Kimia, atau Biokimia atau Sains Gunaan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  3. Mempunyai pengalaman bekerja berkaitan pengurusan dan kawalan kemalangan bahaya besar melebihi lima (5) tahun;
  4. Mempunyai pengalaman praktikal sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam tugas-tugas yang relevan menyediakan laporan aktiviti industri dan pelan kecemasan tapak.