Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Lagi eskalator ragut nyawa

Harian Metro Online, 09 Oktober 2015

oshcolumn hm 09102015 

SEORANG pekerja memeriksa mayat kanak-kanak malang itu.

Beijing: Lagi kemalangan eskalator di China meragut nyawa. Menurut portal berita NetEase, kemalangan terbaru berlaku di sebuah stesen kereta api di Chongqing apabila seorang kanak-kanak terbunuh selepas tersepit di eskalator jam 11 pagi semalam.

Gambar yang dimuat naik di Internet menunjukkan ibu mangsa dan seorang lagi anaknya menangis di sisi mayat kanak-kanak itu.

Tidak banyak butir mengenai kejadian itu dilaporkan.

Bulan lalu, seorang kanak-kanak perempuan nyaris putus tangan selepas tersepit pada tangga bergerak di sebuah pasar raya, juga di Chongqing.

Pada 26 Julai pula, seorang wanita berjaya menyelamatkan anaknya sebelum dia ‘ditelan’ eskalator.

Dua hari selepas itu, seorang kanak-kanak cedera apabila tangannya tersepit pada jentera itu di Guangxi dan pada 1 Ogos, kaki seorang wanita terpaksa dipotong selepas tersepit pada eskalator di pasar raya di Shanghai. - Agensi

Print Email