• Archive News
  • 2018
  • 3 pekerja Bangladesh maut jatuh bangunan - Utusan Online
Slider

3 pekerja Bangladesh maut jatuh bangunan - Utusan Online

Utusan Online, 10 April 2018

 

 

JOHOR BAHRU - Tiga pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas terjatuh ketika menjalankan kerja-kerja pemasangan perancah bangunan bagi laluan lif sebuah kondominium 31 tingkat yang sedang dalam pembinaan di Tanjung Kupang, Iskandar Puteri malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) Iskandar Puteri, Superintenden Ismail Dollah berkata, dalam kejadian pukul 8.40 malam itu, mangsa-mangsa dikenali sebagai Azmin, 27, Toriqual, 38, dan Shalauddin, 44, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersangkut di tingkat dua dan empat bangunan tersebut.

“Polis menerima panggilan berhubung kejadian membabitkan beberapa pekerja binaan terjatuh dari bangunan yang sedang dalam pembinaan di kawasan Tanjung Kupang menerusi talian 999.
“Dari tingkat mana kesemua mangsa terjatuh masih belum diketahui memandangkan kerja terbabit dilakukan di kawasan lubang lif,” katanya di sini hari ini.

Print Email