Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2014
  • Kemalangan industri tinggi di Sarawak - JKKP
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2014
  • Kemalangan industri tinggi di Sarawak - JKKP

Kemalangan industri tinggi di Sarawak - JKKP

Utusan Online, 28 April 2014

KUCHING 28 April - Walaupun kemalangan di tempat kerja di negara ini mencatat penurunan sebanyak 0.9 peratus, kes kemalangan industri besar di negeri Sarawak masih tinggi.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Dr. Johari Basri berkata, bagaimanapun kes kemalangan industri kecil dan sederhana di negeri ini adalah sedikit.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2014 di sini hari ini, beliau berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan industri besar dalam usaha mempertingkat tahap keselamatan serta mengurangkan kadar kemalangan. - BERNAMA

 

Print Email