Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • Pengendali jentuai perlu waspada beroperasi di bawah talian elektrik
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • Pengendali jentuai perlu waspada beroperasi di bawah talian elektrik

Pengendali jentuai perlu waspada beroperasi di bawah talian elektrik

 Berita Harian Online, 6 Oktober 2013

atau beroperasi di bawah talian elektrik bagi mengelakkan risiko kemalangan.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perlis, Abd Aziz Yaacob, berkata kejadian buruk di musim penuaian padi boleh dielakkan jika para pengendali jentuai mengamalkan budaya kerja selamat terutama di persekitaran talian elektrik TNB. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kempen kesedaran keselamatan elektrik untuk pengusaha dan pengendali jentuai peringkat negeri Kedah dan Perlis di Kampung Pida Tiga Setengah, Tunjang, Kedah dekat sini, hari ini.

Kejadian terbaru berlaku Ogos lalu apabila seorang operator jentuai yang berada di atas bumbung jentera itu terbunuh ketika melalui kawasan berhampiran talian elektrik itu di Simpang Empat, Perlis.

Menurutnya, ketika jentuai itu terlalu hampir dengan talian berkenaan, berlaku percikan arka elektrik yang terkena badan operator itu menyebabkan kematiannya.

Mengenai kempen itu, Abd Aziz berkata, antara lain ia bertujuan meningkatkan pengetahuan mengenai keselamatan apabila beroperasi di bawah talian elektrik selain berkongsi pengalaman dalam amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan pihak luar.

Beliau berharap kempen itu bukan sekadar dapat mewujudkan budaya kerja yang selamat tetapi dapat mengawal kadar kemalangan yang membabitkan talian elektrik. Kempen itu turut diisi dengan ceramah oleh Suruhanjaya Tenaga, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Perlis dan Unit Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar TNB.

Turut hadir Naib Presiden Kelab Usahawan Tani Malaysia, Md Nor Hamzah. - BERNAMA

Print Email