Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • 188,151 pekerja jalani saringan kesihatan percuma - Richard Riot
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • 188,151 pekerja jalani saringan kesihatan percuma - Richard Riot

188,151 pekerja jalani saringan kesihatan percuma - Richard Riot

Berita Harian Online, 23 September 2013

 KUALA LUMPUR: Hanya 188,151 daripada 1.9 juta pekerja telah menjalani ujian saringan kesihatan secara percuma di 2,999 klinik panel yang dilantik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), setakat ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Anak Jaem berkata daripada jumlah terbabit, seramai 89,393 pekerja lelaki dan 61,678 pekerja wanita sudah mengambil manfaat daripada program yanG diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013, yang bertujuan memastikan golongan pekerja sentiasa sihat dan produktif. Beliau berharap lebih ramai pekerja yang berumur 40 tahun ke atas mengambil peluang untuk menjalani ujian saringan kesihatan tersebut sebelum hujung tahun ini.

"Terutamanya mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung akibat daripada amalan kerja serta gaya hidup tidak sihat, selain terdedah kepada penyakit khidmat atau penyakit pekerjaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Kemalangan 2013 di sini, hari.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Zainal Rahim Seman, Pengerusi Lembaga Pengarah Perkeso Datuk Abu Huraira Abu Yazid dan Ketua Eksekutif Perkeso Datuk K. Selvarajah.

Beliau berkata Perkeso memperuntukkan RM200 juta untuk program saringan kesihatan percuma itu. Tambahnya, jika baucar ujian saringan kesihatan masih belum dituntut daripada majikan dan tidak digunakan sehingga hujung tahun ini, mereka dikehendaki menghubungi Perkeso untuk dilanjutkan tempoh. - BERNAMA

Print Email