Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • Terapkan sistem pengurusan keselamatan di sekolah
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • Terapkan sistem pengurusan keselamatan di sekolah

Terapkan sistem pengurusan keselamatan di sekolah

Utusan Online, 9 Julai 2013

BUKIT MERTAJAM 8 Julai - Para guru dan pelajar di sekolah harus menerapkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam setiap amalan bagi memastikan budaya kerja selamat dan sihat dapat dipupuk.

Ini bagi memastikan kadar kemalangan ketika berada di sekolah serta pergi dan balik dari sekolah dikurangkan selain tidak mengundang bahaya kepada diri pekerja, guru dan pelajar yang boleh menjejaskan keselamatan mereka.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang, Mohd. Anuar Embi berkata, semua pihak harus mengambil serius mengenai isu itu kerana ibu bapa pastinya bimbang dengan keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka ketika berada di sekolah.

"Antara kejadian yang sering berlaku melibatkan pelajar adalah kemalangan ketika pergi dan balik dari sekolah, sewaktu aktiviti kokurikulum di dalam dan luar sekolah serta ketika sesi pembelajaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah peringkat negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah di sini hari ini.

Seramai 433 peserta terdiri daripada 398 pengetua dan guru besar serta 120 pelajar menyertai program sehari itu.

Tambah Mohd. Anuar, program tersebut dapat memberi kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan dengan mengamalkan budaya kerja selamat serta mengintegrasikan aktiviti-aktiviti termasuk kokurikulum di luar sekolah.

Print Email