Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • Wujudkan sistem keselamatan tempat kerja
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • Wujudkan sistem keselamatan tempat kerja

Wujudkan sistem keselamatan tempat kerja

Utusan Online, 9 July 2013

ALOR SETAR 8 Julai - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mencadangkan agar syarikat kontraktor mewujudkan sistem keselamatan dan kesihatan di tempat kerja bagi mengurangkan kemalangan sewaktu bertugas.

Ketua Pengarah JKKP, Datuk Ir. Dr. Johari Basri berkata, sistem itu penting terutama di kawasan pembinaan berikutan jumlah kemalangan bagi sektor itu meningkat kepada 3.15 kes kemalangan tahun lalu bagi setiap 1,000 pekerja berbanding 3.02 kes untuk jumlah pekerja yang sama pada 2011.

"Jika kita lihat di pejabat ada sistem pengurusan kewangan, sumber manusia dan kualiti, jadi kenapa tidak kita guna pakai juga sistem keselamatan dan kesihatan.

"Mungkin ada syarikat yang telah guna pakai cuma secara dalaman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ceramah dan Dialog Keselamatan dan Kesihatan serta melancarkan Pelancaran Banner Sektor Pembinaan Negeri Kedah 2013 di sini hari ini.

Majlis yang diadakan sempena sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2013 turut dihadiri Pengarah JKKP negeri, Mohamad Jais Suratman.

Johari berkata, dalam memastikan keselamatan menjadi keutamaan, tindakan turut diambil pada syarikat kontraktor dan secara purata setiap tahun terdapat 200 kes yang dibawa ke mahkamah.

Print Email