mobile header ms01

  • Utama
  • Sekretariat Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Sekretariat Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

CARTA ORGANISASI

OBJEKTIF

"Menjadi sebuah badan penggerak utama menerajui Negara melalui proses tripatisme, membentuk budaya kerja selamat dan sihat dan seterusnya mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia."

FUNGSI

  • MNKKP menjalankan fungsi-fungsinya dengan membincang, mengkaji, menyiasat dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Menteri Sumber Manusia berkenaan dengan apa-apa perkara berhubung dengan tujuan-tujuan Akta 514 terutamanya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan Akta tersebut berkenaan dengan:
    • Perubahan yang dianggap wajar bagi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
    • Pemajuan pentadbiran dan penguatkuasaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
    • Penggalakan hubungan kerjasama perundingan antara pihak pengurusan dengan buruh tentang keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja;
    • Penubuhan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi kimia industri di tempat kerja;
    • Penganalisaan statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berhubung dengan pekerjaan;
    • Pengadaan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja;
    • Penggalakan pembangunan dan penerimapakaian melalui undang-undang tataamalan industri yang berhubungan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan; dan
    • Pembangunan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orang yang cedera di tempat kerja.

SEKSYEN PENGURUSAN ACARA & KOMUNIKASI KORPORAT

UNIT PENGURUSAN ACARA
  • Mengendalikan aktiviti sebelum, semasa dan selepas mengadakan program. (OSH Day, OSH Week, Anugerah KKP, Seminar-seminar mengikut sektor).
  • Mengurus dan menyelaraskan protokol setiap aktiviti yang berkaitan MNKKP.
  • Menyelaraskan Program Outreach yang dijalankan oleh Pejabat JKKP Negeri.
  • Menyelaraskan ceramah dan pameran ke jabatan kerajaan dan swasta.
  • Menguruskan penerbitan buletin, laporan tahunan MNKKP dan penerbitan lain di bawah MNKKP.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

  • Merangka dan melaksanakan program promosi dan publisiti, Perhubungan media/awam.
  • Menyelaras dengan wakil media untuk tujuan penerbitan sisipan, iklan, wawancara serta bahan publisiti dan promosi (media release, press statement).
  • Mengendalikan aduan yang diterima melalui media cetak, elektronik, telefon, BPA dan laman web jabatan.

SEKSYEN PENYELARASAN DAN PEMANTAUAN

UNIT PENYELARASAN
  • Menyelaras semua perkara yang melibatkan mesyuarat Majlis, mesyuarat jawatankuasa kecil yang ditubuhkan di bawah Majlis.
  • Menguruskan perlantikan ahli majlis negara.
  • Mengelolakan semua perkara yang melibatkan mesyuarat Jawatankuasa Rayuan yang ditubuhkan di bawah Majlis.
  • Bertanggungjawab untuk menguruskan tuntutan elaun ahli-ahli Majlis dan anggota-anggota jawatankuasa kecil di bawah Majlis dan Jawatankuasa Rayuan.
  • Bertanggungjawab untuk menguruskan tuntutan elaun ahli-ahli Majlis dan anggota-anggota jawatankuasa kecil di bawah Majlis dan Jawatankuasa Rayuan.
  • Menyemak dan mencadangkan standard baru, perundangan dan hasil statistik kemalangan di tempat kerja.

UNIT PEMANTAUAN

  • Bertanggungjawab untuk menguruskan tuntutan elaun ahli-ahli Majlis dan anggota-anggota jawatankuasa kecil di bawah Majlis dan Jawatankuasa Rayuan.
  • Mengelolakan semua perkara yang melibatkan pemantauan pentadbiran dan penguatkuasaan KKP di tempat kerja di bawah OSH Compliance Support.
  • Menguruskan audit di tempat kerja bagi penganugerahan cemerlang KKP.
  • Menyelia, menyelenggara dan mengemaskini akaun-akaun di bawah akaun amanah.

UNIT KHIDMAT SOKONGAN

  • Menjawab panggilan telefon & menetapkan temujanji untuk Setiausaha MNKKP.
  • Menguruskan tempahan penginapan dan perjalanan Setiausaha dan Ahli-ahli MNKKP bagi mesyuarat Majlis di luar kawasan.
  • Membantu Setiausaha MNKKP menyelia, menyelenggara dan mengemaskini akaun-akaun di bawah peruntukan belanja Mengurus, Pembangunan dan akaun amanah dalam Urusan Perolehan Kerajaan.
  • Menerima, merekod dan menyelenggara bahan-bahan guna habis unit promosi dan outreach MNKKP.
  • Menyelenggara sistem fail MNKKP, stor, surat-menyurat.

CetakEmel

Tags Cloud