Breadcumb Caption
  • Bahagian Kejuruteraan Forensik
Breadcumb Caption
  • Bahagian Kejuruteraan Forensik

Bahagian Kejuruteraan Forensik

CARTA ORGANISASI

OBJEKTIF

i.Menggunakan kaedah dan teknologi kejuruteraan forensik dalam membantu dan mempertingkatkan siasatan kemalangan di tempat kerja bagi memastikan kejayaan di dalam kes pendakwaan mahkamah terhadap pihak yang melanggar undang-undang.

ii.Membangunkan dan mempertingkatkan kapasiti, kebolehan, pengetahuan dan kompetensi pegawai kejuruteraan forensik.

iii.Menyemak, menilai dan menjalankan aktivit penyelidikan dan pembangunan terhadap kes kemalangan terdahulu.

iv.Memperkukuhkan pasukan penyiasat pada peringkat operasi di pejabat negeri.

v.Mengaplikasikan kaedah dan teknologi kejuruteraan forensik dalam membantu dan mempertingkatkan kapasiti, aplikasi dan kebolehpercayaan analisis terhadap bukti kejadian.
 
 
 

SEKSYEN KEJURUTERAAN PEMBINAAN

  • Menjalankan penyiasatan ke atas kes kemalangan di tapak pembinaan dan kerja kejuruteraan seperti kegagalan struktur bangunan
  • Menentukan ujian failure analysiske atas bahan, proses yang berkaitan dengan tapak bina dan kerja kejuruteraan
  • Menyimpan dan mengemaskini data-data kejuruteraan forensik berkaitan jenis struktur dan bahan yang digunakan di tapak pembinaan
  • Menyemak, menilai dan memberi khidmat nasihat kepada pejabat negeri terhadap kes kemalangan terdahulu (cold cases)
  • Menjadi saksi pakar di mahkamah

SEKSYEN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

  • Menjalankan penyiasatan ke atas kes kemalangan yang melibatkan jentera atau sistem mekanikal
  • Menentukan ujian failure analysis ke atas bahan, proses yang berkaitan dengan jentera-jentera dandang stim, pengandung tekanan tak berapi dan lain-lain pengandung tekanan
  • Menyimpan dan mengemaskini data-data kejuruteraan forensik berkaitan jentera mekanikal dan bahan
  • Menyemak, menilai dan memberi khidmat nasihat kepada pejabat negeri terhadap kes kemalangan terdahulu (cold cases)
  • Menjadi saksi pakar di mahkamah

SEKSYEN KEJURUTERAAN KIMIA

  • Menjalankan penyiasatan ke atas kes kemalangan yang melibatkan loji dan pepasangan petrokimia
  • Menjalankan ujian failure analysis ke atas pada sistem proses yang terdapat di loji seperti parameter tindakbalas kimia yang melibatkan kejadian letupan, kebocoran dan kebakaran 
  • Menyimpan dan mengemaskini data-data kejuruteraan forensik berkaitan loji dan pepasangan petrokimia
  • Menyemak, menilai dan memberi khidmat nasihat kepada pejabat negeri terhadap kes kemalangan (cold cases)
  • Menjadi saksi pakar di mahkamah

SEKSYEN MAKMAL UJIAN

  • Menguruskan ujian dan analisis dari seksyen lain ataupun pejabat JKKP negeri (makmal ujian luar seperti Agensi Nuklear, IKRAM dan IPTA)
  • Menjalankan analisa dan ujikaji ke atas bahan bukti bagi membantu siasatan
  • Mengeluarkan laporan analisis makmal dan laporan pakar
  • Memastikan rantaian barang kes dipatuhi (pengurusan stor dan barang kes)
  • Mengaplikasikan kaedah dan teknologi kejuruteraan forensik dalam membantu dan mempertingkatkan kapasiti, aplikasi dan kebolehpercayaan analisis terhadap bukti kejadian kemalangan
  • Menjadi saksi pakar di mahkamah

SEKSYEN ANALISIS DAN PENYELIDIKAN

  • Menjalankan penyelidikan ke atas kegagalan mekanikal, loji, sistem atau proses untuk mewujudkan kaedah yang tertentu bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali
  • Menghasilkan penambahbaikan yang baru dalam semua peringkat bermula daripada pemilihan bahan, rekabentuk, kaedah pembinaan, cara beroperasi, aspek pemeriksaan dan proses senggaraan
  • Menjalankan analisa berkomputer seperti finite element analysis dan computational fluid dynamics untuk analisis kes kemalangan
  • Menguruskan latihan dan memperkukuhkan pasukan penyiasat pada peringkat operasi di pejabat negeri
  • Menjadi saksi pakar di mahkamah
 

Cetak Emel