mobile header ms01

  • Utama
  • Bahagian Kesihatan Pekerjaan

Bahagian Kesihatan Pekerjaan

CARTA ORGANISASI

OBJEKTIF

"Untuk menguatkuasakan kehendak perundangan berkaitan kesihatan pekerjaan serta mengalakkan pengamalan promosi dan perlindungan kesihatan di setiap tempat kerja."

SEKSYEN PERUBATAN PEKERJAAN

  • Memantau notifikasi penyakit dan keracunan pekerjaan yang dilaporkan dan membantu penyiasatan penyakit dan keracunan pekerjaan di setiap negeri.
  • Memantau aktiviti penyiasatan penyakit pekerjaan oleh pejabat negeri.
  • Menjalankan penyiasatan penyakit khidmat untuk pampasan ex-gratia kakitangan kerajaan dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
  • Menganalisis data penyakit dan keracunan pekerjaan yang di laporkan dan menyediakan laporan kejadian penyakit dan keracunan pekerjaan.
  • Memberikan khidmat nasihat kepada pejabat negeri, agensi luar, pengamal kesihatan, dan orang ramai berkaitan isu kesihatan pekerjaan.
  • Memberikan input dalam isu kesihatan pekerjaan kepada jabatan atau kementerian lain.
  • Memantau pelaksanaan Koda Amalan HIV /AIDS serta Dadah, Alkohol dan Bahan di tempat kerja.
  • Menjalankan Program Kesihatan Pekerjaan Asas (BOH), terutamanya di sektor Industri Kecil dan Sederhana.
  • Menjalankan Program Saringan Kesihatan (MyHess) bagi kakitangan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
 
 

SEKSYEN PENGIKTIRAFAN

  • Mendaftar dan memperbaharui sijil Doktor Kesihatan Pekerjaan di bawah Peraturan Penggunaan dan Standard Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan 2000 (USECHH 2000).
  • Memantau aktiviti pengawasan kesihatan atau perubatan oleh Doktor Kesihatan Pekerjaaan yang berdaftar dengan jabatan.
  • Merancang seminar, kursus, atau dialog bagi mempromosi kesedaran kesihatan pekerjaan.
  • Menganjurkan Program Pertolongan Cemas di tempat kerja bagi kakitangan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
 
 

CetakEmel

Tags Cloud