mobile header ms01

  • Utama
  • Bahagian Pengurusan Kimia

Bahagian Pengurusan Kimia

Carta Organisasi

Pengenalan

Bahagian Pengurusan Kimia memainkan peranan yang penting dalam menangani isu-isu pengurusan kimia yang semakin meningkat dewasa ini. Hal ini termasuklah penaksiran risiko kesihatan kimia, penetapan standard pendedahan, pengelasan bahan kimia, komunikasi hazard dan, konvensyen-konvensyen antarabangsa tentang pengurusan, keselamatan dan kesihatan yang berkaitan dengan bahan kimia. Hal ini termasuk juga promosi pengurusan bahan kimia kepada agensi-agensi kerajaan, pihak-pihak industri dan badan-badan yang berkaitan. Perkara ini tidak terhad kepada aktiviti-aktiviti dalam negara sahaja.

Malaysia dalam proses melaksanakan Sistem Terharmoni Global (GHS) selaras dengan kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam Persidangan APEC pada Oktober 2002:

......”encouraged APEC members to work towards implementing the GHS on hazard classification and labelling of chemicals and safety data sheets by 2006, including through capacity building”.

Kenyataan MITI ini telah membuka satu lembaran baru dalam proses pengurusan bahan kimia dan komunikasi hazard di Malaysia. Bahagian Pengurusan Kimia menjadi tumpuan utama bagi perlaksanaan GHS di sektor tempat kerja.

Jabatan telah dilantik oleh Kementerian Luar sebagai salah satu agensi dalam Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBK KSK) bagi memenuhi kehendak Konvensyen Senjata Kimia (KSK) serta melaksanakan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 yang dikawal selia oleh Kementerian Luar. Jabatan juga bertanggungjawab dalam menangani isu-isu berkaitan dengan pengurusan dan keselamatan bahan kimia termasuk konvensyen-konvensyen kimia.  

Objektif

Mewujudkan amalan sistem pengurusan dan keselamatan bahan kimia yang baik bagi mencegah kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja."

SEKSYEN TOKSIKOLOGI DAN PENAKSIRAN RISIKO KIMIA

UNIT PENGELASAN DAN KOMUNIKASI HAZARD

  • Menjadi pakar rujuk kepada pegawai jabatan, industri dan agensi kerajaan dalam aspek inventori, pengelasan dan komunikasi hazard bahan kimia.
  • Menjadi ‘focal point’ bagi pelaksanaan ‘Globally Harmonized System of Hazard Classification & Labelling of Chemicals (GHS)’ untuk bahan kimia industri.
  • Menyemak dan membuat verifikasi pengelasan bahan kimia berdasarkan GHS mengikut Peraturan –Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya 2013) (CLASS).
  • Membangunkan kepakaran tempatan dalam aspek inventori, pengelasan dan komunikasi hazard bahan kimia.
  • Mengumpul, mengolah, mendokumentasi dan menyebarluas maklumat mengenai bahaya dan risiko kimia serta cara pengurusannya yang selamat dan tidak menjejaskan kesihatan.
  • Membangunkan garis panduan berkaitan inventori, pengelasan dan komunikasi hazard bahan kimia kepada semua sektor pekerjaan.
  • Menyediakan modul latihan berkaitan inventori, pengelasan dan komunikasi hazard kimia bagi latihan pegawai jabatan, industri dan agensi kerajaan.
  • Memproses dan menyelenggara inventori bahan kimia yang dihantar oleh pembekal sepertimana yang dikehendaki di bawah Peraturan CLASS melalui sistem ’Chemicals Information Management System’ (CIMS).
  • Menyelaras aktiviti penguatkuasan Peraturan CLASS merangkumi aspek inventori, pengelasan dan komunikasi hazard.
  • Memberi input berkaitan inventori, pengelasan dan komunikasi hazard bahan kimia bagi tujuan perancangan dan penetapan polisi bagi Jabatan dan negara.
  • Menyediakan senarai dan menjalin kerjasama profesional dalam bidang inventori, pengelasan dan komunikasi hazard dengan pakar dalam dan luar negara.

UNIT PENILAIAN RISIKO KESIHATAN KIMIA

  • Menjadi pakar rujuk kepada pegawai jabatan, industri dan agensi kerajaan dalam aspek toksikologi pekerjaan dan penaksiran risiko bahan kimia terhadap kesihatan (CHRA).
  • Membangun, mengaplikasi & menambahbaik kaedah CHRA sama ada secara kualitatif ataupun kuantitatif.
  • Membangun kepakaran dalam aspek CHRA dan toksikologi.
  • Membuat semakan dan analisa piawai pendedahan bahaya bahan kimia terhadap kesihatan.
  • Membuat analisis epidemiologi dan toksikologi untuk kes penyakit dan keracunan melibatkan bahan kimia.
  • Mengenalpasti lain-lain kaedah penaksiran yang melibatkan bahan kimia seperti dermal exposure assessment dan penaksiran bahan baru seperti nanomaterials.
  • Menyediakan modul latihan berkaitan toksikologi dan CHRA untuk kegunaan latihan pegawai jabatan, industri dan agensi kerajaan.
  • Memberi input dalam aspek toksikologi dan CHRA bagi tujuan perancangan dan penetapan polisi Jabatan dan negara.
  • Mengiktiraf syarikat-syarikat di Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam CHRA dalam proses tertentu seperti pemindahan dan pembukaan bahan yang mengandungi asbestos (Asbestos Removal).
  • Memproses permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan kaedah alternatif untuk menjalankan CHRA.
  • Memproses, memberi kelulusan dan memantau permohonan CHRA alternatif dan generik.
  • Membangunkan kaedah penaksiran risiko menurut prinsip control banding (SIRAC) untuk aplikasi dalam perusahaan kecil dan sederhana.
  • Menyediakan senarai dan menjalin kerjasama profesional dalam bidang epidemiologi, toksikologi pekerjaan dan CHRA dengan pakar dalam dan luar negara.

SEKSYEN KONVENSYEN DAN PENYELARASAN KIMIA KEBANGSAAN

UNIT KAWALAN KIMIA

  • Menjadi pakar rujuk kepada pegawai jabatan, industri dan agensi kerajaan dalam aspek kawalan pendedahan bahan kimia, kualiti udara dalaman (IAQ) dan aplikasi instrumentasi yang berkaitan.
  •  Menjalankan pemonitoran dan analisa terhadap kawalan pendedahan bahan kimia dan IAQ di tempat kerja.
  • Mencari dan memperkenalkan kaedah kawalan kejuruteraan bahan kimia yang mudah untuk dipraktikkan terutama dalam industri kecil dan sederhana (IKS).
  • Mengumpul, mengolah, mendokumentasi dan menyebarluas maklumat mengenai kawalan kejuruteraan dan IAQ untuk dipraktikkan di tempat kerja.
  • Membangun kepakaran dalam bidang kawalan pendedahan bahan kimia, IAQ dan instrumentasi pemonitoran.
  • Memberi input teknikal dalam aspek kawalan pendedahan bahan kimia, IAQ dan instrumentasi pemonitoran kepada pegawai Jabatan, industri dan agensi kerajaan.
  • Membangun modul latihan untuk kegunaan pegawai jabatan, industri dan agensi kerajaan dalam aspek kawalan pendedahan bahan kimia, IAQ dan instrumentasi pemonitoran.
  • Menyelenggara instrumen pemonitoran kualiti udara dalaman dan bahan kimia dalam udara.
  • Mengenalpasti instrumen terkini/alternatif yang boleh digunakan untuk mengukur kandungan bahan kimia dalam udara dan kualiti udara dalaman.
  • Membantu proses siasatan pejabat negeri dalam kes yang berkaitan pendedahan kepada bahan kimia dan IAQ.
  • Menyediakan senarai dan menjalin kerjasama profesional dalam bidang kawalan pendedahan bahan kimia, IAQ dan instrumentasi pemonitoran dengan pakar dalam dan luar negara.

UNIT PENYELARASAN KIMIA KEBANGSAAN

  • Melaksanakan fungsi sebagai ahli Pihak Berkuasa Kebangsaan bagi Konvensyen Senjata Kimia (CWC).
  • Menjadi focal point bagi pengurusan keselamatan bahan kimia di tempat kerja peringkat kebangsaan.
  • Menjalin hubungan dan kerjasama dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negeri seperti ILO, UNEP, UNITAR, Jabatan Kimia, Universiti tempatan, NIOSH dan lain-lain.
  • Memberi input keselamatan kimia dan konvensyen antarabangsa seperti Stockholm, Rotterdam dan CWC untuk diambil kira dalam pembentukan polisi Jabatan dan negara.
  • Mengumpul, mengolah, mendokumentasi dan menyebarluas maklumat mengenai konvensyen dan persenjataan kimia kepada pegawai Jabatan, agensi kerajaan, industri dan orang ramai.
  • Menyediakan modul latihan berkaitan CWC dan lain-lain konvensyen antarabangsa yang berkaitan untuk kegunaan pegawai jabatan, industri dan agensi kerajaan.
  • Menjadi Pemeriksa Kebangsaan (National Inspector) bagi penguatkuasaan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan peraturan-peraturan dibawahnya.
  • Menjalankan pemeriksaan di bawah Akta Konvensyen Senjata Kimia, termasuk mengiringi pemeriksa senjata kimia antarabangsa menjalankan pemeriksaan.
  • Bertindak sebagai Advance Team dan Escort Team semasa pemeriksaan antarabangsa senjata kimia daripada pihak OPCW.
  • Memberi khidmat nasihat kepada agensi kerajaan dalam isu-isu yang dikemukakan dalam konvensyen-konvensyen antarabangsa mengenai bahan kimia.
  • Membangun kepakaran tempatan dalam konvensyen kimia antarabangsa.
  • Memberi khidmat nasihat kepada agensi kerajaan dalam penggubalan kod amalan dan Standard Malaysia mengenai bahan kimia.

CetakEmel

Tags Cloud