mobile header ms01

  • Utama
  • Bahagian Higien Industri dan Ergonomik

Bahagian Higien Industri dan Ergonomik

CARTA ORGANISASI

OBJEKTIF

  1. Melaksanakan aktiviti-aktiviti pengiktirafan orang yang kompeten (OYK) dan orang yang bertanggungjawab (OYB).
  2. Melaksanakan aktiviti kelulusan ke atas peralatan perlindungan diri, peralatan pemonitoran higien industri, kawalan kejuruteraan, pusat ujian audiometrik dan makmal cerakinan dan proses berbahaya kepada kesihatan.
  3. Mengenalpasti bahaya higien industri dan ergonomik dan menyediakan kaedah penilaian dan pengawasan untuk dilaksanakan oleh pejabat negeri.
  4. Merancang dan memantau aktiviti Higien Industri dan Ergonomik pejabat negeri.
  5. Menguruskan stor, aktiviti-aktiviti senggaraan dan tentukur peralatan higien industri dan ergonomik jabatan.
 

Seksyen Kawalan dan Penyeliaan

A. UNIT PENGIKTIRAFAN

  • Memproses permohonan untuk pendaftaran baru bagi Orang Yang Kompeten (Pendedahan Bising) dan Orang Yang Bertanggungjawab (Pengapit, Juruteknik Higien dan Penaksir Kualiti Udara Dalaman).
  • Memproses permohonan untuk pembaharuan sijil sediaada bagi Orang Yang Kompeten (Pendedahan Bising) dan Orang Yang Bertanggungjawab (Pengapit, Juruteknik Higien dan Penaksir Kualiti Udara Dalaman).
  • Memantau prestasi Orang Yang Kompeten dan Orang Yang Bertanggungjawab melalui laporan penaksiran atau pemonitoran.
  • Memantau prestasi Orang Yang Kompeten dan Orang Yang Bertanggungjawab melalui temuduga yang dijalankan di pejabat JKKP.
  • Memantau prestasi Orang Yang Kompeten dan Orang Yang Bertanggungjawab secara pemerhatian semasa melakukan kerja di tempat kerja.
  • Menyediakan dan menyelenggara database untuk menyimpan data-data Orang Yang Kompeten dan Orang Yang Bertanggungjawab serta mengemaskini data Orang Yang Kompeten dan Orang Yang Bertanggungjawab dalam laman sesawang Jabatan.

B. UNIT PEMANTAUAN


  • Menjalankan pemantauan ke atas  OYK dan OYB Higien Industri yang berdaftar dengan Jabatan.
  • Mengumpul data-data pemantauan OYK dan OYB yang dijalankan oleh Pejabat Negeri.
  • Mengumpul data-data pencapaian Seksyen Higien Industri di Pejabat Negeri.
  • Menyediakan database dan menyelenggara database untuk menyimpan data-data pencapaian Seksyen Higien Industri di Pejabat Negeri.
  • Menganalisa data-data dan menyediakan laporan serta statistik perkembangan aktiviti Seksyen Higien Industri di Pejabat Negeri.
  • Mengumpul data-data penggunaan alat Higien Industri dan Keselamatan Industri di Pejabat Negeri.
  • Menyediakan database dan menyelenggara database untuk menyimpan data-data penggunaan alat Higien Industri dan Keselamatan Industri di Pejabat Negeri.
  • Menganalisa data-data dan menyediakan laporan penggunaan alat Higien Industri dan Keselamatan Industri di Pejabat Negeri.Merancang dan melaksanakan latihan/kursus di bawah skop Higien Industri.
  • Menggubal modul dan melaksanakan kursus kompetensi higien industri untuk pegawai JKKP.
  • Memantau dan mengkaji keberkesanan kaedah pemeriksaan ergonomik dari semasa ke semasa.
  • Menangani masalah yang dihadapi oleh pejabat negeri dalam menjalankan aktiviti pemeriksaan ergonomik.
  • Merancang dan menjalankan kerja-kerja latihan pemeriksaan ergonomik kepada pegawai jabatan.
 
 

Seksyen Peralatan

A. UNIT SENGGARAAN

  • Mengawasi dan merekodkan barang gunahabis serta harta modal keluar/masuk di stor peralatan Bahagian Higien Industri dan Ergonomik di Ibu Pejabat.
  • Menjalankan kerja-kerja pelupusan peralatan pemonitoran higien di Ibu Pejabat dan Pejabat Negeri.
  • Merancang dan menyelaras penentukuran peralatan higien industri di Ibu Pejabat dan Pejabat Negeri.
  • Memastikan kesemua peralatan higien indusri dapat berfungsi dengan baik pada setiap masa.
  • Membuat perancangan dan mengadakan pameran alat.
  • Merancang kerja-kerja penyediaan sampel untuk pemantauan bahan-bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.
  • Merancang dan menjalankan kerja-kerja latihan peralatan higien industri kepada pegawai baru dan Pejabat Negeri.
  • Memberi bantuan kepakaran dan peralatan ke atas kajian penyelidikan higien industri.

B. UNIT KELULUSAN

  • Memproses permohonan untuk kelulusan kelengkapan pelindung diri.
  • Memproses permohonan untuk kelulusan peralatan higien industri.Memproses permohonan untuk kelulusan bilik senyap termasuk penentukuran audiometer.
  • Memproses permohonan kelulusan pembagasan pasir.
  • Membangun dan mengkaji semula prosedur dan garis panduan mengenai kelulusan peralatan dan kelengkapan perlindungan diri.
  • Mengurus kelengkapan pelindung diri Bahagian Higien Industri & Ergonomik bagi kegunaan jabatan.
  • Menyediakan khidmat nasihat, latihan dan garispanduan berkaitan peralatan higien industri.
  • Menyiasat aduan ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan alat pelindung diri, peralatan pemonitoran, bilik senyap, makmal serta pembagasan pasir.
  • Memberi bantuan kepakaran dan peralatan ke atas kajian penyelidikan higien industri.
 
 

CetakEmel

Tags Cloud