mobile header ms01

  • Utama
  • Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan

Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan

Carta Organisasi

Objektif

i.  Mencadangkan dasar melalui kajian, penyelidikan dan pembangunan KKP

ii.  Menggubal dan menyemak perundangan

iii.  Memantau pelaksanaan dasar Jabatan

SEKSYEN PEMBANGUNAN

UNIT STANDARD WRITING ORGANIZATION

  • Mengurus dan menyelenggara TC dan WG yang ditubuhkan di bawah SWO-DOSH.
  • Menyelaras ulasan cadangan draf Malaysian Standard berkaitan KKP.
  • Focal point bagi pengurusan dan penyelarasan maklumat dari “WTO TBT Enquiry Point (Malaysia)”, Jabatan Pengurusan Standard SIRIM Berhad.
  • Memberi input teknikal dan khidmat nasihat yang berkaitan dengan Akta, Peraturan, Perintah, Tata Amalan Industri, Garis Panduan dan Pekeliling Ketua Pengarah kepada Seksyen/ Bahagian, pejabat negeri, agensi kerajaan dan pihak industri.


UNIT SEMAKAN DAN GUBALAN

  • Menggubal dan menyedia draf Akta, Peraturan, Perintah, Tata Amalan Industri, Garis Panduan dan Pekeliling Ketua Pengarah BARU termasuk menjalankan kerja-kerja mengumpul maklumat keperluan (hasil kajian), menyedia dan menyemak draf bagi tujuan penggubalan.
  • Menyemak dan meminda Akta, Peraturan, Perintah, Tata Amalan Industri, Garis Panduan dan Pekeliling Ketua Pengarah SEDIA ADA. Semakan termasuk dari segi kelemahan, kesesuaian keadaan semasa dan pembaikan yang boleh dibuat bagi memantapkan lagi Akta, Peraturan, Perintah, Tata Amalan Industri, Garis Panduan dan Pekeliling Ketua Pengarah tersebut.
  • Menganggotai Pasukan Semakan bagi tujuan menyemak draf Akta/Peraturan/Perintah/Tata Amalan Industri/Garis Panduan, membaca pruf dan menyemak/membuat terjemahan ke atas draf.
  • Memberi taklimat perundangan berkaitan dengan Akta, Peraturan, Perintah, Tata Amalan Industri, Garis Panduan dan Pekeliling Ketua Pengarah kepada Seksyen/ Bahagian, pejabat negeri, agensi kerajaan dan pihak industri.
  • Menyediakan bahan dan modul latihan yang diperlukan yang berkaitan dengan Akta, Peraturan, Perintah, Tata Amalan Industri, Garis Panduan dan Pekeliling Ketua Pengarah.

SEKSYEN DASAR DAN ANTARABANGSA

UNIT DASAR DAN ANTARABANGSA

  • Mengkaji, membangun dan menggubal dasar-dasar baru yang akan dilaksanakan oleh JKKP serta menyemak dasar-dasar yang sedia ada untuk melihat kesesuaian dengan kehendak semasa termasukjawab menjawab soalan-soalan berkaitan dasar.
  • Membantu KSM dalam menyediakan maklumbalas isu-isu KKP yang dibangkitkan di Parlimen.
  • Merancang, merangka dan menyediakan input dan laporan pelan strategik Jabatan.
  • Menyelaras dan memantau pencapaian bulanan/tahunan aktiviti pejabat-pejabat negeri dan bahagian-bahagian di ibu pejabat.
  • Menyediakan dan memantau pencapaian KPI YB Menteri dan KSU.
  • Memastikan pelaksanaan hasil resolusi yang dicapai dalam Mesyuarat Pengarah, Mesyuarat Semakan Dasar, Mesyuarat Pengurusan peringkat KSM dan lain-lain yang bersangkutan dengan polisi KKP Negara termasuk menjadi Urusetia dalam Mesyuarat Semakan Dasar Jabatan.
  • Cadangan ratifikasi Convention ILO.
  • Menjalankan program pembangunan KKP dan menyediakan laporan di peringkat antarabangsa seperti MTCP, TCTP, MHLW Japan, ASEAN OSHNet Training, OIC OSHNet Training, United Nation, ILO, IALI, ASEAN OSHNet, CAPAM, SLOM, ASEM, OIC dan OSHNet.
  • Menyelaras program serta menyediakan kertas kelulusan dan kertas pembentangan di peringkat antarabangsa.
  • Menyedia dan menganalisis kertas MoU dengan agensi antarabangsa.
  • Menyedia dan mengemaskini data “National OSH Scorecard”.


UNIT PENYELIDIKAN

(I) KUMPULAN PENYELIDIKAN

  • Merancang dan menjalankan kajian berkenaan perundangan KKP serta menyediakan laporannya.
  • Merancang dan menjalankan program penyelidikan serta menyelia dan menyelaras penyelidikan bersama universiti dan agensi lain termasuk menyediakan penulisan ilmiah seperti jurnal, artikel dan lain-lain.
  • Menyelia dan menyelaras program inovasi Jabatan.

(II) KUMPULAN ANALISIS

  • Mengurus kemasukan dan menjalankan kerja-kerja analisis ke atas data kemalangan dan penyakit pekerjaan [JKKP 7, JKKP 8, data kemalangan bagi pekerja tempatan (PERKESO)dan data kemalangan bagi pekerja asing (JTK)].
  • Melakukan kerja-kerja analisis ke atas data dan maklumat mengenai penguatkuasaan serta program promosi yang dijalankan oleh Jabatan (data pendakwaan dan data Pencapaian Bahagian dan Pejabat-pejabat Negeri).
  • Menyediakan laporan berkenaan dengan kerja-kerja analisis yang dibuat ke atas data-data kemalangan dan penyakit pekerjaan, maklumat mengenai penguatkuasaan serta program promosi yang dijalankan oleh Jabatan.
  • Melakukan kerja-kerja analisis dan membuat laporan berkenaan dengan perlaksanaan program kumpulan strategi Jabatan (Sektor Awam, Sektor Pertanian, Perhutanan, Perikanan dan Veterinar, Sektor IKS, Sektor Pembinaan dan Tapak Bina)
  • Urusetia OSH MP 15.

CetakEmel

Tags Cloud