Slider

Kelengkapan Pelindung Diri (KPD)

Pendahuluan

Kelulusan Kelengkapan Pelindung Diri (KPD) merupakan salah satu kehendak dan keperluan dalam Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya. Terdapat 7 jenis kelulusan Kelengkapan Pelindung Diri (KPD) yang perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan(JKKP) iaitu:
  1. Perlindungan Pernafasan (JKKP HIE/12/2/1)
  2. Perlindungan Pendengaran (JKKP HIE/12/2/2)
  3. Perlindungan Mata (JKKP HIE/12/2/3)
  4. Perlindungan Tangan (JKKP HIE/12/2/4)
  5. Perlindungan Kaki (JKKP HIE/12/2/5)
  6. Perlindungan Badan (JKKP HIE/12/2/6)
  7. Perlindungan Kepala (JKKP HIE/12/2/7)

Cara-Cara Membuat Permohonan


1.0 Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan surat berkepala syarikat dan di alamatkan kepada :-
  Unit Kelulusan dan Pemantauan Kawalan Hazad,
Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),
Aras 4, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya.

Tel  : 03 – 8886 5334
Fax : 03 – 8890 1315
2.0 Senarai dokumen yang diperlukan:-
 
  1. Surat permohonan berkepala suratb) Katalog/risalah asal dan manual penggunaan
  2. Laporan pengujian daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd
  3. Lesen Pensijilan Barangan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd
  4. Surat lantikan sebagai pengedar/pembuat daripada pembuat asal
  5. Sampel produk setiap jenis dan model
3.0 Setiap JENIS KPD yang berlainan, hendaklah dimohon secara berasingan. Sila nyatakan maklumat permohonan seperti berikut ;
 
  1. Bilangan
  2. Jenis KPD
  3. Jenama
  4. Model
  5. Pembuat
  6. Standard / Piawaian
  7. Jenis Perlindungan
4.0 Pengujian boleh dijalankan di:-
 
  1. Makmal Pengujian SIRIM QAS International
  2. Makmal Pengujian Kilang Pengeluar
  3. Makmal Pengujian Pihak Ketiga
  4. Makmal Pengujian yang diakreditasi kepada ISO/IEC 17025
5.0 Pihak JKKP akan membuat pengesahan dokumen-dokumen yang telah diberikan setelah menerima maklumat permohonan yang LENGKAP. Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh permohonan LENGKAP diterima.
6.0 Kelulusan KPD adalah berdasarkan keputusan Laporan pengujian (full type test) yang diselia oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd dan disaksikan oleh JKKP.
7.0 Tempoh kelulusan KPD adalah 5 tahun berdasarkan tempoh sah surat kelulusan KPD yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
8.0 Permohonan menggunakan laporan pengujian syarikat yang lain tidak dibenarkan. Pemohon perlu mempunyai laporan pengujian dan Lesen pensijilan barangan daripada SIRIM QAS International yang tersendiri.
9.0 Kelulusan hanya akan terbatal sekiranya terdapat isu-isu semasa surveillance audit yang dijalankan oleh SIRIM QAS International dari masa ke semasa.
10.0 Tanggungjawab pemohon selepas mendapatkan kelulusan adalah seperti berikut:-
 
  1. Memaklumkan kepada Jabatan mengenai sebarang pertukaran alamat, nombor telefon, nombor faks atau status sebagai pembekal atau pengedar yang sah.
  2. Memberikan bantuan latihan kepada pengguna tentang pemilihan, penggunaan dan penyenggaraan kelengkapan perlindungan diri.
  3. Mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan ini dari masa ke semasa. Jabatan ini boleh menarik balik kelulusan yang dikeluarkan jika maklumat yang diberikan tidak benar.
  4. Menggunakan label atau logo kelulusan yang dikeluarkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd.

 

Laman Web Jabatan


Senarai Kelulusan Kelengkapan Pelindung Diri (KPD) yang AKTIF akan dimuatnaik ke dalam laman sesawang Jabatan selepas kelulusan diberikan mengikut jenis perlindungan tersebut.


Sebarang Pertanyaan / Persoalan

Sila hubungi :-

Unit Kelulusan dan Pemantauan Kawalan Hazad,
Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),
Aras 4, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya.

Tel  : 03 – 8886 5334
Fax : 03 – 8890 1315

Cetak Emel