Maklumat Terkini

Statistik Pendakwaan nov2019

Dasar Kualiti, Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Adalah menjadi dasar jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk secara berterusan mempertingkatkan kualiti produk, perkhidmatan serta prestasi keselamatan dan kesihatan kakitangan disamping mereka yang berkaitan.

Pihak pengurusan dan kakitangannya akan sama-sama berusaha untuk mencegah sebarang potensi ketidakakuran produk dan perkhidmatannya serta sebarang kemungkinan kecerderaan dan penyakit dari insiden yang berlaku ditempat kerja.

Jabatan ini komited untuk:

  • Menyediakan dan menyelenggara suatu tempat dan sistem kerja yang berkualiti, selamat serta sihat dari sebarang hazad dan risiko;
  • Mempastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
  • Menyiasat semua ketidakakuran produk dan perkhidmatannya, insiden, penyakit pekerjaan, keracunan pekerjaan dan kejadian berbahaya serta mengambil langkah-langkah untuk mempastikan ianya tersebut tidak berulang lagi;
  • Mengenalpasti, mematuhi kehendak-kehendak pelanggan, perundangan dan lain-lain keperluan seperti ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan industri yang diluluskan;dan
  • Mempromosikan dan mencapai objektif kualiti, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, prosedur kerja, peraturan-peraturan dan garispanduan-garispanduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dikalangan pekerjanya di seluruh negara.

Untuk memastikan pelaksanaan dasar ini, sistem Pengurusan Kualiti, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diwujudkan, dilaksanakan dan diselenggarakan di Jabatan ini.

 

Dasar Latihan

Adalah menjadi matlamat Jabatan untuk membangunkan tenaga kerja yang cekap, terlatih, berintegriti dan profesional malalui pengurusan latihan yang sistematik dan terancang selaras dengan misi dan objektif Jabatan bagi mencapai tujuan berikut :

  • Menyediakan tenaga kerja yang berkelayakan, berpengetahuan, berkebolehan dan berintegriti;
  • Meningkatkan kemahiran, kecekapan dan kepakaran;
  • Mencapai hasil kerja yang produktif dan bermutu tinggi; dan
  • Meningkatkan pembangunan kerjaya .

Sesungguhnya Jabatan adalah komited untuk menyediakan sumber dan kemudahan yang diperlukan bagi mencapai matlamat di atas.

Cetak Emel

Pusat Maklumat KKP


safety alert MS   statistik   pendakwaan   KESMAUT   kompetensi

HIGIEN bm   psd   construction   kimia ms   SME bm

Slider

Kes Pendakwaan

TarikhSyarikatDenda
24-12-2019KIA LIM KILANG BATU BATARM22,000
22-12-2019JI QI CONSTRUCTION SDN BHDRM40,000
22-12-2019TEMAN JAYA SOLUTIONRM9,000
20-12-2019TCM STAMPING PRODUCT SDN BHDRM2,500
19-12-2019XINYI ENERGY SMART (M) SDN BHDRM20,000

Papar semua