Breadcumb Caption
    Breadcumb Caption

      Permohonan Kelulusan Rekabentuk (Dandang Stim, Mesin Angkat, Pengandung Tekanan Tak Berapi & Lif) dan Talian Paip - SKUD V3

      Sistem Kawal dan Urus Dokumen (SKUD) v3 merupakan salah satu perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi memudahkan pelanggan khususnya bagi permohonan kelulusan rekabentuk sama ada dandang stim, mesin angkat, pengandung tekanan tak berapi, lif dan talian paip. Sistem ini dibangunkan bagi kegunaan Seksyen Rekabentuk, Bahagian Keselamatan Industri.

      Sistem ini adalah sistem yang berasaskan web dimana ianya boleh dicapai menerusi laman web JKKP. Pelanggan boleh membuat permohonan dan mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan secara atas talian di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet. Setiap permohonan yang dibuat akan diproses secara terus oleh Pegawai yang terlibat menerusi sistem ini. Pelanggan juga dapat menyemak status permohonan serta memuat turun surat kelulusan rekabentuk terus menerusi sistem ini pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Sistem ini turut menyediakan kemudahan kepada pelanggan untuk membuat pembayaran secara online sama ada menggunakan fasiliti kad kredit atau FPX.

      Walaubagaimanapun, pelanggan harus memastikan perisian browser yang digunakan memandangkan sistem ini hanya boleh dicapai menerusi Internet Explorer 7 dan 8 sahaja.

      Untuk membuat permohonan, semakan status atau muat turun surat kelulusan rekabentuk anda, sila klik:

      monotone arrow rightmonotone arrow rightmonotone arrow rightPermohonan Kelulusan Rekabentuk (Dandang Stim, Mesin Angkat, Pengandung Tekanan Tak Berapi & Lif) dan Talian Paip - SKUD V3.

      Cetak Emel