Breadcumb Caption
    Breadcumb Caption

      Kemalangan Tersepit Pintu Lif


      roof

      Rajah 1 : Mesin lif yang terlibat dalam kejadian ini

       

      Satu kemalangan melibatkan seorang penumpang lif berlaku pada Mei 2016 lebih kurang 8.16 pagi. Kemalangan tersebut telah menyebabkan kecederaan pada kaki dan tangan mangsa akibat tersepit pada pintu lif. Ketika kejadian, lif tersebut turun ke tingkat 2 dan beberapa orang penumpang (termasuk mangsa) telah masuk ke dalam lif. Sedang mangsa masuk ke dalam lif, lif tiba-tiba bergerak turun; pintu lif tertutup dan telah menyebabkan kaki mangsa tersepit dan cuba melepaskan kaki , tangan beliau turut sama tersepit dalam keadaan lif masih bergerak turun. Lif tersebut kemudian berhenti di aras G dan penumpang lain telah membantu melepaskan tangan mangsa

      Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan lif boleh bergerak sendiri antaranya adalah berlakunya kegagalan brek untuk memegang lif pada kedudukannya, kekuatan traction antara tali dawai dan sheave, kerosakan pada unit kawalan dan lain-lain lagi.

      Tindakan Pembetulan dan Pencegahan

      Oleh yang demikian berikut adalah tindakan yang dicadangkan:

      1. Mematuhi peruntukan perundangan di bawah Peraturan-peraturan (Lif Elektrik Penumpang-penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970;
      2. Setiap kerja-kerja penyelengaraan mestilah mematuhi ketetapan-ketetapan yang telah dinyatakan dalam manual operasi/penyelengaraan dan piawaian antarabangsa;
      3. Orang Yang Bertanggungjawab mesti menjalankan pemeriksaan dan ujian ke atas jentera setiap kali selepas kerja-kerja penyelengaraan atau baik pulih telah dilakukan;
      4. Mekanisma brek elektromagnetik harus diuji dan diperiksa setiap 3 bulan oleh orang kompeten yang berdaftar dengan jabatan. Apa-apa kerja penyenggaraan seperti pelarasan brek dan penukaran alat ganti perlu dipantau oleh OYK. Ujian kecekapan sistem brek perlu dijalankan setiap kali penyenggaraan sistem tersebut dijalankan. Pemerhatian, pemantauan dan ujian dari OYK hendaklahdirekodkan secara terperinci didalam buku log daftar lif;
      5. Firma Yang Kompeten perlu memastikan bahawa pelinciran yang sepatutnya digunakan pada mana-mana bahagian yang bergerak dengan merujuk kepada manual lif dan pengilang yang berkaitan mengenai butir-butir penyelenggaraan yang diperlukan (contohnya jenis penyelenggaraan, bahagian/ titik penyelenggaraan, jenis pelinciran, selang frekuensi, dll);
      6. Sistem dokumentasi yang sewajarnya perlu wujud dalam perlaksanaan tersebut. Ini juga akan memberikan ketelusan dan membolehkan pemeriksaan audit bagi memastikan integriti program penyelenggaraan; dan
      7. Penyelia harus memantau dan memeriksa kerja yang dijalankan serta menilai kefahaman juruteknik yang menjalankan tugas bagi memastikan tugas yang dijalankan adalah sepurna.
      Rujukan:
      1. Howkins, R.E. 2006. Lift modernisation design guide. Elevator World, Alabama, USA.
      2. Annet, F.A. 1989. Elevators – electric and electrohydraulic elevators, escalators, moving sidewalks, and ramps. McGraw-Hill, New York, USA.
      3. Janovsky, L. 1999. Elevator mechanical design, 3rd edition, Elevator World, Alabama, USA.

      Cetak Emel