Pemasang, Penyelenggara & Perombak Mesin Angkat
-
Penerangan/Tanggungjawab
-
Garis Panduan
-
Permohonan
Seksyen 29A, Akta Kilang Dan Jentera 1967 telah menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh memasang, menyelenggara, merombak dan memeriksa mana-mana jentera yang dinyatakan di dalam kecuali telah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pemeriksa.
Berdasarkan kepada perundangan di atas, setiap syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja memasang, menyelenggara dan merombak hendaklah berdaftar dengan Jabatan sebagai firma yang kompeten (Pemasang.Penyelenggara dan Perombak Kren Menara. Mesin Penumpang/Barang dan Gondola) sebelum menjalankan kerja.pdf Garis Panduan Firma Yang Kompeten Pemasang, Penyelenggara dan Perombak (EMD) Mesin Angkat
Permohonan pendaftaran dan pembaharuan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem MySKUD. Sila log masuk melalui Single Sign On (SSO) platform dipautan http://mykkp.dosh.gov.my