Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Info KKP
  • 2012
  • Kebakaran dan Letupan di Loji Pemprosesan Gas
Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Info KKP
  • 2012
  • Kebakaran dan Letupan di Loji Pemprosesan Gas

Kebakaran dan Letupan di Loji Pemprosesan Gas

Apa yang berlaku?

Satu kejadian kebakaran dan letupan telah berlaku di dalam Storm Water Drain (SWD) di sebuah loji pemprosesan gas yang menyebabkan satu kematian manakala 33 orang pekerja cedera serta kerosakan kepada struktur SWD. Kebakaran berlaku semasa pekerja sedang menguji peralatan kimpalan (ujian arus) di pelantar kerja yang berkedudukan kira-kira 6 meter di atas SWD. Penyiasatan mendapati kebakaran berpunca daripada percikan api kimpalan yang jatuh ke dalam SWD yang mengandungi lebihan hidrokarbon [bahan api] yang mudah terbakar dan seterusnya mengakibatkan letupan dan kebakaran.


Gambarfoto 1 : A :Kawasan kerja dan SWD yang terbakar; B : Keadaan di dalam SWD yang meletup dan terbakar

Dimana silapnya?

  • Pemunya loji gagal mengenalpasti bahaya bahan api di dalam SWD;
  • Ujian untuk mengesahkan Hydrocarbon-free dalam loji tidak merangkumi SWD;
  • Kegagalan pemunya untuk menjalankan penyenggaraan berkala ke atas SWD;
  • Ketiadaaan prosedur keselamatan dalam menjalankan kerja kimpalan;
  • Skop pengukuran gas tidak dijalankan dengan sempurna kerana tidak mengambilkira penilaian risiko di persekitaran kerja kimpalan;
  • Masalah komunikasi dalam organisasi semasa perlaksanaan pengurusan keselamatan; dan
  • Pengukuran Lower Explosion Limit (LEL) di dalam SWD tidak dijalankan oleh pemunya.

Pengajaran

  • Pengenalpastian terhadap hazad dan risiko harus dilakukan dengan menyeluruh termasuk SWD;
  • Ujian bagi memastikan bebas hidrokarbon hendaklah mencakupi SWD;
  • Penyenggaran yang berkala perlu dijalankan ke atas SWD memastikan tiada kehadiran hidrokarbon di dalamnya;
  • Penyediaan prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja kimpalan;
  • Skop pengukuran gas hendaklah mengambilkira penilaian risiko di persekitaran kerja kimpalan;
  • Komunikasi yang berkesan dalam organisasi diterapkan semasa perlaksanaan sistem pengurusan keselamatan; dan
  • Pengukuran Lower Explosion Limit (LEL) untuk hidrokarbon di dalam SWD hendaklah dijalankan oleh pemunya.

Rujukan:

  1. Bjerketvedt, D., Bakke, J.R., Wingerden, K.V. 1997. Gas explosion handbook. Journal of Hazardous Materials 52: 1-150
  2. Lees, F.P. 1996. Loss Prevention in the Process Industries – Hazards Identification, Assessment And Control, Volume 2, 2nd edition, Butterworth-Heinemann, Oxford, United

Cetak Emel