Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Info KKP
  • 2012
  • Kemalangan Maut Ketika Kerja-Kerja Membaikpulih Conveyor
Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Info KKP
  • 2012
  • Kemalangan Maut Ketika Kerja-Kerja Membaikpulih Conveyor

Kemalangan Maut Ketika Kerja-Kerja Membaikpulih Conveyor

Perihal Kemalangan

Seorang pekerja maut akibat tersepit di antara drum dan juga talisawat ketika membuat kerja-kerja penyambungan talisawat pada conveyor (Rajah a). Pada hari kejadian beberapa orang pekerja menjalankan kerja-kerja untuk menyambung talisawat yang putus pada sebuah conveyor yang digunakan untuk memindahkan fibre kelapa sawit dari tempat penyimpanan ke rumah dandang. Mangsa ketika itu telah berdiri di atas talisawatt yang putus dan kemudian seorang rakan sekerjanya menghidupkan conveyor. Akibat dari itu, mangsa yang berdiri berhampiran dengan drum telah jatuh dan terus tersepit di antara drum dan juga talisawat (Rajah b dan c).


Rajah a


Rajah b


Rajah c

Faktor Penyumbang Kepada Kemalangan

  • Conveyor dihidupkan ketika kerja baik pulih sedang dijalankan
  • Mangsa tidak menjangka kesan dari perbuatan bahayanya
  • Perbuatan bahaya mangsa tidak dihalang
  • Tidak mempunyai kemahiran untuk menjalankan kerja baik pulih

Cadangan Tindakan Pencegahan

  • Sistem Log Out Tag Out (LOTO) dilaksanakan
  • Kerja-kerja hendaklah diseliakan bagi memastikan tiada perbuatan tidak selamat
  • Taklimat tentang keselamatan diberi sebelum memulakan kerja
  • Prosedur kerja selamat hendaklah diadakan dan dipatuhi

Cetak Emel