Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Info KKP
  • 2012
  • Kebakaran di Premis Pemindahan Gas Petroleum Cecair (GPC)
Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Info KKP
  • 2012
  • Kebakaran di Premis Pemindahan Gas Petroleum Cecair (GPC)

Kebakaran di Premis Pemindahan Gas Petroleum Cecair (GPC)

Pada malam 28 Februari, satu kejadian letupan dan kebakaran telah berlaku di sebuah premis yang menjalankan kerja-kerja pemindahan semula Gas Petroleum Cecair (GPC) secara haram (Gambarajah 1). Kejadian dipercayai disebabkan oleh kebocoran gas ketika kerja-kerja memindahkan gas (decanting process) daripada silinder domestik kepada silinder industri sedang dijalankan (Gambarajah 2). Kebakaran telah memusnahkan hampir keseluruhan kawasan memproses di premis tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Gambarajah 1 : Tempat kejadian

Gambarajah 2 : Longgokan silinder yang rosak
akibat kebakaran

Cadangan-cadangan pembaikan:

  1. Pemilik perusahaan perlu memastikan bahawa operasi perusahaannya telah mengambil kira semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan semasa proses decanting termasuklah penyediaan papan tanda keselamatan, perlindungan daripada impak dan kebakaran serta mengenalpasti sumber bahan api berpotensi
  2. Semua peralatan yang digunakan dalam proses decanting mesti diperiksa dan disahkan selamat untuk digunakan dan tidak akan menyebabkan apa-apa risiko kepada pekerja dan juga orang awam
  3. Semua pekerja yang terlibat di dalam proses decanting perlu menjalani latihan serta boleh menunjukkan kecekapan dalam proses kerja, prosedur sewaktu kecemasan serta penggunaan peralatan perlindungan diri yang bersesuaian sewaktu bertugas

Rujukan:

Cetak Emel