Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Info KKP
  • 2012
  • Kes Motor Pengangkat Barang (Hoist) Menghempap Bahagian Kepala Pekerja
Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Info KKP
  • 2012
  • Kes Motor Pengangkat Barang (Hoist) Menghempap Bahagian Kepala Pekerja

Kes Motor Pengangkat Barang (Hoist) Menghempap Bahagian Kepala Pekerja


Gambarfoto: Pemandangan di aras bawah bangunan kedai dengan lantai kerja berlumuran darah

Satu kemalangan melibatkan sebuah jentera yang telah difabrikasi dan dipasang dikedai perabot, telah mengakibatkan seorang pekerja maut dihempap motor pengangkat barang (hoist). Jentera tersebut mempunyai ciri-ciri mesin angkat yang boleh diklasifikasikan sebagai Goods Hoist. Mayat mangsa ditemui pada tingkat bawah bangunan tersebut dalam keadaan berlumuran darah dengan kepala bersepai. Dari siasatan awal, pihak Bahagian Kejuruteraan Forensik, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mendapati kejadian berpunca daripada kegagalan cangkuk (hook) pada bahagian struktur cross beam di aras atas yang berfungsi untuk menyangkut motor pengangkat barang. Kegagalan cangkuk adalah disebabkan ianya tidak dapat menahan daya yang dikenakan. Mangsa dipercayai masih belum menerima apa-apa latihan berkenaan keselamatan penggunaan jentera tersebut kerana ianya yang baru sahaja dipasang pada premis berkenaan dan ianya belum diuji dengan sempurna.

Pemasangan dan penggunaan mesin angkat sepatutnya mendapatkan kelulusan daripada pihak JKKP terlebih dahulu. Kemalangan jentera yang hampir sama juga telah berlaku di Sabah dan telah menyebabkan satu kematian. Kedua-dua Jentera ini telah digunakan tanpa mendapat kelulusan daripada JKKP.

Berikut merupakan beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil oleh majikan semasa ingin menggunakan jentera seperti ini:

  1. Komponen misalnya tempat untuk mencangkuk dan menupang loji motor pengangkat barang[hoist] hendaklah direkabentuk dengan berlandaskan kepada prinsip safe design. Permatuhan kepada safe design dapat menghindarkan kejadian sedemikian;
  2. Menyediakan satu prosedur operasi standard yang selamat kepada pekerja yang akan mengendalikan jentera terbabit;
  3. Menjalankan penaksiran risiko ke atas bahaya yang mungkin wujud daripada jentera tersebut atau pun risiko daripada operasi jentera seperti ini;
  4. Memastikan maklumat, arahan, panduan dan latihan disamping penyeliaan yang berkesan perlu diberi kepada operator atau perkerja-pekerja yang akan menggunakan jentera ini dari semasa ke semasa. Contohnya, kapasiti berat yang mampu ditampung oleh jentera perlu diketahui dan dimaklumkan kepada operator yang mengendalikan jentera ini agar tidak digunakan dengan melebihi had beban kerja selamat;
  5. Memastikan keselamatan pekerja-pekerjanya yang menjalankan tugas-tugas menggunakan jentera-jentera yang berbahaya di kawasan tempat kerja;
  6. Memastikan Integriti kekuatan struktur jentera yang dipasang diuji sebelum digunakan. Rekabentuk dan pemasangan jentera seperti ini mempunyai kelulusan daripada jurutera yang bertauliah (Professional Engineer, PE);
  7. Memohon Sijil Perakuan Kelayakan daripada mana-mana pejabat JKKP negeri sebelum jentera ini digunakan.

Cetak Emel