Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Info KKP
  • 2012
  • Kebakaran di Loji Penapisan Minyak
Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Info KKP
  • 2012
  • Kebakaran di Loji Penapisan Minyak

Kebakaran di Loji Penapisan Minyak

Satu kebakaran telah berlaku di loji penapisan minyak pada September 2011. Kebakaran bermula kira-kira jam 1.00 pagi dan telah Berjaya dipadamkan pada kira-kira jam 4.00 pagi. Kerosakan hanya berlaku setempat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Penyiasatan awal mendapati kebakaran berlaku semasa pemindahan produk cecair dari tangki simpanan ke kapal pengangkut di jeti kir-kira 5km jauhnya. Seal pada pam pemindahan dipercayai telah terjejas, maka cecair mudah terbakar ini terus mengalir keluar dari kebocoran. Kebocoran cecair tersebut terbakar (berkemungkinan akibat dari haba yang terhasil sepanjang driven shaft dan bearings).


Rajah 1: Pepasangan tipikal cincin – minyak pelinciran

Bearing pam dilincirkan menggunakan cincin-minyak yang diperbuat daripada gangsa (rujuk Rajah 1 dan 2 bagi prinsip kerja umum bagi cincin-minyak ). Kegagalan pada cincin-minyak telah mengakibatkan kegagalannya untuk melincirkan bearing, dan merosakkan bearing akibat pemanasan lampau. Kegagalan bearing telah menyebabkan getaran berlebihan ke atas sistem yang akhirnya membawa kepada kegagalan seal cecair mudah terbakar. Pam tersebut jarang digunakan dan dianggap sebagai unit berisiko rendah yang memerlukan pengawasan yang sangat minimum semasa operasi.


Rajah 2 : Principal kerja cincin-minyak

Cadangan pembaikan:

  1. Prosedur Operasi Standard bagi operasi pam perlu dibuat dengan teliti dengan pertimbangan yang sewajarnya kepada aspek-aspek keselamatan jentera. Ini termasuk pemeriksaan cincin-minyak semasa operasi (seperti kehendak API 610), penetapan paras minyak yang betul, dan pemeriksaan yang kerap ke atas pam semasa sedang beroperasi.
  2. Injap penutup haruslah direka untuk dicapai dan diasingkan dari sumber potensi kebocoran. Sekiranya berlaku kebakaran, injap haruslah boleh ditutup dari jarak yang selamat tanpa menjejaskan keselamatan anggota penyelamat.
  3. Parameter yang sesuai harus diintegrasikan dengan sistem pemantauan supaya sekiranya berlaku kegagalan pada salah satu komponen, ia akan menhidupkan penggera sebelum kegagalan itu memberi kesan kepada komponen yang lain yang akhirnya membawa kepada bencana yang lebih besar (cth. Pemantauan getaran motor, ampere maksimum motor aruhan, dsb.).
  4. Sekiranya loji berkenaan berpotensi memberi kesan kepada persekitaran semasa kejadian, adalah dinasihatkan supaya mesyuarat, taklimat dan latihan dijalankan secara kerap bersama loji atau komuniti berdekatan bagi memupuk kerjasama dan pemahaman yang lebih baik sekiranya berlaku sebarang kecemasan serta memastikan mereka dimaklumkan tentang tugas dan tanggungjawab yang diperlukan.

Cetak Emel