Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Info KKP
  • 2012
  • Keretakan Pada Bahagian Mast Kren Menara
Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Info KKP
  • 2012
  • Keretakan Pada Bahagian Mast Kren Menara

Keretakan Pada Bahagian Mast Kren Menara


Gambar 1: Keretakan pada segmen menara no. 10

Bahagian mast kren menara di Johor Bahru telah didapati rosak dan retak. Keretakan tersebut terdapat pada mast no. 2, 3, dan 10. Keretakan tersebut dijumpai ketika pemeriksaan bulanan dijalankan. Semua keretakan berlaku pada bahagian yang sama (rujuk Gambar 1) di ketiga – tiga bahagian mast.

Kren menara tersebut telah dipasang pada tahun 2010 dengan beban kerja selamat 1.8 tan dan mampu berdiri bebas dengan ketinggian kira – kira 66 meter. Kren yang panjang boom nya 60m telah dibuat pada tahun 1995.

Keretakan tersebut berkemungkinan berpunca dari kecacatan pada bahagian kimpalan. Dengan bebanan yang berulang, keretakan merambat sepanjang paksi bebanan. Kecacatan jenis ini berkemungkinan tidak dapat di kesan secara visual semasa peringkat awal sehinggalah keretakan bertambah buruk dan merambat ke permukaan.

Cadangan Penambahbaikan:-

  1. Pemasang kren menara hendaklah memastikan struktur dan komponen diperiksa dengan teliti oleh orang yang kompeten dan bebas dari sebarang kecacatan sebelum kren menara tersebut dipasang
  2. Pemeriksaan rutin dan berkala perlu dilakukan dengan kerap untuk memeriksan jika terdapat sebarang kecacatan pada kren dan komponenya. Pihak majikan hendaklah diberitahu mengenai sebarang kecacatan yang ditemui. Semua penemuan hendaklah direkodkan untuk memudahkan analisa lanjut. Rekod tersebut hendaklah dikemukakan kepada perhatian pegawai pemeriksa jika diminta.
  3. Operasi kren menara hendaklah dihentikan serta merta jika kecacatan tersebut dikesan dan tidak boleh beroperasi semula sehingga disahkan selamat untuk digunakan oleh pihak jabatan.
  4. Kerja – kerja pembaikan dan kimpalan melibatkan struktur kren menara hendaklah mendapat kebenaran dari pihak jabatan
  5. Sebarang kerja kimpalan yang perlu dilakukan pada struktur kren menara hendaklah dilakukan oleh pengimpal yang bertauliah. Kerja – kerja tersebut hendaklah mematuhi keperluan spesifikasi pembuat kren.
  6. Pengikat dinding untuk kren menara hendaklah dipasang mengikut spesifikasi dan keperluan yang ditetapkan oleh pembuat untuk mengelakkan tegasan lampau pada bahagian mast kren menara.

Rujukan:-

  1. Guidelines For Public Safety And Health At Construction Sites (1st Revision)
    http://www.dosh.gov.my/doshV2/phocadownload/guidelines/gl_construction_site_bi.pdf
  2. Code Of Practice For Safe Use Of Tower Cranes (Occupational Safety and Health Branch-UK)
    http://www.labour.gov.hk/eng/public/os/B/crane.pdf
  3. MS 1544 : Part 1 : 2002 : Cranes - Safe use : Part 1 : General
  4. MS 1580 : 2003 : Cranes – Test codes and procedures
  5. EN 14439:2006+A2:2009 : Cranes - Safety - Tower cranes
  6. CEN/TS 13001-3-1:2004 : Cranes - General design - Part 3-1: Limit states and proof of competence of steel structures

Cetak Emel