Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Kemalangan Yang Melibatkan Lif Penumpang

Baru-baru ini satu kemalangan telah berlaku melibatkan sebuah lif penumpang yang digunakan untuk ke parkir kereta. Lif ini hanya untuk penggunaan pekerja tetapi waktu kemalangan berlaku, ia telah dinaiki oleh pengunjung tempat tersebut. Kemalangan ini menyebabkan kecederaan kepada penumpang lif tersebut di mana terdapat mangsa yang mengalami patah tangan. Penyiasatan mendapati lif ini telah dinaiki oleh 9 orang penumpang walaupun lif ini berkapasiti 410kg untuk 6 orang penumpang. Lif ini menggunakan sistem 1:1 gelungan di mana kedudukan bilik dan jentera lif adalah di bahagian bawah bersebelahan dengan pit lif. Jentera lif juga mengalami kerosakan pada beberapa komponen utama akibat terhentak pada dinding hoistway. Penyiasatan juga mendapati penyerap hidraulik mampat secara maksimum akibat hentakan oleh kar lif.


Gambarajah 1: Keadaan di atas dan di dalam kar lif setelah ia terhempas

Cadangan:

  1. Penumpang lif hendaklah mematuhi kapasiti lif yang dibenarkan. Sekiranya penggera berbunyi kerana lebihan muatan, maka tunggulah lif berikutnya.
  2. Syarikat penyenggara lif hendaklah memastikan semua peranti keselamatan termasuk overload limit switch, governor, safety gears dan brek berada dalam keadaan baik dan sentiasa diuji secara berkala.
  3. Jentera lif hendaklah dipastikan diikat dengan baik dilantai ataupun tempat struktur bangunan yang bersesuaian menurut spesifikasi pembuat, undang-undang dan koda antarabangsa.
  4. Pemeriksaan terhadap data error log di panel kawalan hendaklah dijalankan secara berkala oleh orang kompeten lif untuk mengetahui masalah teknikal keatas lif yang berlaku dan membaikinya terutama pada semua peranti keselamatan yang dilengkapi pada lif.

Cetak Emel