Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Kejadian Keruntuhan Struktur Formwork Kayu Semasa Kerja Penuangan Konkrit


Gambarfoto 1: Ditempat kejadian keruntuhan struktur formwork kayu.

Satu kemalangan telah berlaku pada 21 Julai 2010 dan jam lebih kurang 2.30petang, dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan projek binaan untuk meroboh dan pembinaan semula sebuah rumah banglo.

Kemalangan berlaku ketika kerja–kerja penuangan konkrit sedang dijalankan keatas formwork untuk papak ditingkat teratas untuk bangunan tersebut.Bebankerja dinamik daripada kejadian keruntuhan yang timbul telah menghempap keatas papak pada tingkat bawah, formwork dan ahli-ahli penyokong kayu yang telah didirikan dan seterusnya telah melemahkan dan mengagalkan bahagian-bahagian tersebut. Semasa kemalangan tersebut, 9 orang pekerja sedang bekerja. 3 daripada pekerja tersebut mendapat kecederaan ringan.

Penemuan daripada penyiasatan yang dijalankan pada bahagian-bahagian formwork-battens,diagonal braces,props,reshores telah mendapati bahagian-bahagian ini tidak mempunyai kekuatan mencukupi untuk menupang bebankerja semasa kerja konkriting dijalankan. Spesifikasi dan gred kayu yang digunakan juga didapati rendah dan tidak menepati kepada standard. Juga dijumpai kecacatan pada kayu penyokong yang digunakan seperti-cracks,splits,knots. Lain-lain kecacatan yang dijumpai-papan lapis yang digunakan tidak terikat ;bar pemula yang dipasang tidak mematuhi praktik pembinaan yang baik dan bahagian konkrit didapati dalam keadaan poros.

Kegagalan pada penyokong formwork yang mempunyai kecacatan ketara telah menyumbang kepada keruntuhan bahagian struktur bangunan kekal dimana kerja konkriting sedang dijalankan.

Adalah dinasihatkan bahawa amalan kerja yang selamat berikut dipatuhi untuk rekabentuk,pembinaan,dan pemeriksaan keatas formwork kayu semasa kerja konkriting dijalankan:

  1. Pengenalpastian hazard, penaksiran risiko dan langkah-langkah kawalan hendaklah dilaksanakan untuk kerja-kerja pembinaan seperti penuangan konkrit.Menurut kehendak Seksyen 15,Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah menjadi tanggungjawab seseorang majikan untuk menjamin kesihatan dan keselamatan pekerjanya dan juga lain-lain pekerja selain daripada pekerja mereka yang mungkin terdedah kepada bahaya daripada aktiviti kerja yang sedang dijalankan.
  2. Struktur formwork dan reshores hendaklah disahkan selamat oleh seorang Jurutera Bertauliah dan didokong atau diikat secara sempurna untuk memastikan kedudukan dan rekabentuknya.
  3. Semasa pemasangan formwork,seorang bertanggungjawab yang dilantik oleh kontraktor utama hendaklah membuat pemeriksaan dengan teliti untuk memastikan bahawa ianya berada dalam keadaan selamat.Juga orang bertanggunjawab ini hendaklah pada semasa ke semasa memeriksa formwork,reshores,braces dan penyokong.Tindakan pembaikan hendaklah dibuat keatas apa-apa keadaan yang tidak selamat yang dijumpai semasa pemeriksaan dijalankan.Rujukan boleh dibuat kepada Bahagian III, Peraturan-Peraturan(Pengendalian Bangunan dan Kerja-kerja Kejuruteraan)(Keselamatan) 1970.
  4. Spesikasi bahan kayu yang digunakan untuk struktur formwork hendaklah mematuhi kepada Malaysian Forest Trade Service Leaflet No. 38.

Bahan Rujukan:

  1. Part III, Factories and Machinery (Building Operations and Work Of Engineering Construction) (Safety) Regulations 1970.
  2. Guidelines on Public Safety At Construction Sites.

Cetak Emel