Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Kebakaran Dan Letupan di Sebuah Kilang Memproses Gas Acetylene

Satu kes kemalangan melibatkan kebakaran dan letupan telah berlaku di sebuah kilang memproses gas acetylene pada 22hb. Mei 2008 lebih kurang jam 9.00 malam di utara semenanjung.
Pemerhatian awal mendapati sebahagian besar struktur kilang telah rosak teruk dan lebih kurang 360 buah silinder gas telah meletup. Kebakaran dan letupan ini mengakibatkan seorang pekerja melecur 30% badan.
Kilang ini memliliki sejumlah kuantiti acetylene dan acetone yang melebihi 10 % dari kuantiti ambang. Oleh yang demikian, kilang ini perlu mematuhi kehendak Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar dalam Perindustrian) 1996.
Penyiasatan yang dijalankan telah mendapati kebakaran berlaku akibat kebocoran gas acetylene pada sebuah injap pengisian semula dan sistem kawalan automatik tidak dipasang bagi memantau kuantiti gas acetylene yang terbebas ke tempat kerja kilang. Selain itu, injap sehala yang dipasang pada talian paip pengisian didapati tidak berfungsi dengan sempurna. Tambahan pula, rekabentuk kilang tidak mengikut kesesuaian dengan proses berbahaya seperti ini.
Cadangan:
i.
Memastikan semua peranti keselamatan seperti injap keselamatan, injap penahan api, injap sehala, injap kelegaan tekanan hendaklah dipasang mengikut dan mematuhi kod piawaian.
ii.
Pemilik hendaklah memastikan semua injap pada silinder gas dan talian paip disenggara dan diperiksa secara berkala.
iii.
Memasang satu sistem kawalan keselamatan automatik untuk mengesan kebocoran dan perbezaan tekanan semasa proses pengisian semula gas acetylene dijalankan.
iv.
Mengamalkan kawalan keselamatan proses yang berkesan untuk loji berbahaya seperti ini.
v.
Memastikan kawasan kilang dikategorikan sebagai kawasan larangan merokok dan mengawal kemasukan mancis,pemetik api dan telefon bimbit ke tempat kerja.
Rujukan:
»
Standard AIGA 037/06 http://www.asiaiga.org/publications.asp
»
CSB Asco Bulettin http://www.chemsafety.gov/
»
Facility planning for gas manufacturing plant sunzi1.lib.hku.hk/hkjo/view/41/4100167.pdf

Cetak Emel