• Ruangan KKP
  • Berita Global KKP
  • SAMBUTAN HARI SEDUNIA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA (WORLD OSH DAY) 2019
Slider

SAMBUTAN HARI SEDUNIA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA (WORLD OSH DAY) 2019

press statement01

 KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

SAMBUTAN HARI SEDUNIA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA (WORLD OSH DAY) 2019

Putrajaya, 28 April – YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia telah merasmikan Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (World OSH Day) 2019 di Dataran Putrajaya.

Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (World OSH Day) disambut setiap tahun pada 28 April bagi mengenang kembali mangsa-mangsa yang terlibat dengan kemalangan dan penyakit pekerjaan selain mempromosikan budaya pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja. Tema sambutan pada tahun ini adalah “Safety & Health and The Future of Work””.

Beliau memaklumkan dalam usaha Kerajaan memupuk dan membentuk budaya pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan di Malaysia, semua pihak samada Kerajaan, majikan dan pekerja harus mendukung prinsip dan falsafah yang terkandung di dalam Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Negara. Ini seterusnya dapat meningkatkan kesedaran sekaligus pematuhan kepada perundangan KKP.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh YB Dato’ Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YBhg Dato’ Amir bin Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Ir. Hj Omar bin Mat Piah, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Sumber Manusia.

###

Dikeluarkan oleh:
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
28 April 2019

Cetak Emel