mobile header ms01

Pendaftaran Doktor Kesihatan Pekerjaan

Doktor Kesihatan Pekerjaan adalah pengamal perubatan yang mengikuti kursus kesihatan pekerjaan yang diiktiraf dan berdaftar dengan Jabatan. Mereka berperanan menjalankan pemantauan perubatan, terutamanya di sektor perindustrian kepada pekerja-pekerjan yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Penggunaan dan Standard Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan 2000 (USECHH 2000). Selain daripada pengawasan perubatan, Doktor Kesihatan Pekerjaan juga bertanggungjawab untuk menjalankan pengawasan kesihatan kepada pekerja yang bekerja di dalam ruang terkurung bagi memastikan tahap kesihatan pekerja terbabit dalam keadaan optima dari segi fizikal dan mental. Pengawasan kesihatan bagi pekerja yang bekerja di dalam ruang terkurung terkandung di dalam Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010.

 

Bahagian Kesihatan Pekerjaan memainkan peranan dalam proses pendaftaran baru dan pembaharuan sijil pendaftaran setiap tiga tahun sekali mengikut tarikh luput sijil untuk Doktor-Doktor Kesihatan Pekerjaan. Senarai nama Doktor Kesihatan Pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan boleh disemak di laman portal jabatan.

 

Pada tahun 2016, jumlah keseluruhan yang berdaftar dengan Jabatan adalah seramai 1113 orang Doktor Kesihatan Pekerjaan yang aktif di seluruh negara. Negeri Selangor mepunyai bilangan Doktor Kesihatan Pekerjaan yang paling ramai, iaitu seramai 331 orang dan diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya iaitu seramai 118 orang dan Johor, seramai 96 orang. Seramai 159 orang doktor telah memperbaharui pendaftaran mereka pada tahun tersebut dan sebanyak 106 permohonan baru telah diterima sepanjang tahun 2015.

 

Sebanyak 3040 borang pemantauan perubatan ke atas pekerja telah diterima dari Doktor-Doktor Kesihatan Pekerjaan. Borang pemantauan yang menunjukkan bacaan aras bahan kimia melebihi tahap yang ditetapkan telah disiasat supaya langkah penambahbaikan dapat dijalankan di sektor-sektor yang terlibat.

 

Jumlah OHD di Malaysia 2010 – 2016

JumHD2010 2016

 

Bilangan Kumulatif Doktor Kesihatan Pekerjaan Mengikut Negeri 2016

statByNegeri

 

Jumlah Pengawasan Perubatan Yang Dilaporkan Kepada JKKP 2011-2016

laporanpengawasanperubatan

CetakEmel

Tags Cloud