Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Kes Kemalangan Kren Menara Hammerhead


Kren Menara Hammerhead
Gambar 1: Menunjukkan kren menara (kiri) dan pulley serta troley (kanan) yang terlibat dalam kemalangan

 

Satu kes kemalangan maut telah berlaku pada 15 Oktober 2016 lebih kurang jam 7.50 malam di tapak pembinaan, Cheras, Kuala Lumpuryang melibatkan kren menara jenis Hammerhead Topless. Hoisting Rope telah terputus semasa kerja-kerja mengangkat beban. Hook Block dan beban yang di angkat telah menimpa seorang mangsa.Siasatan di tempat kejadian mendapati pulley dan troley telah mengalami kerosakan. Safety Alert ini dikeluarkan sebagai peringatan kepada semua operator kren menara dan pihak yang membuat pemasangan serta penyelanggaraan berkala terhadap kren menara. Hoisting rope merupakan komponen paling kritikal dalam kerja mengangkat beban. Safety alert ini memperincikan kepada pemeriksaan dan penyelenggaraan hoisting rope dan pulley serta trolley kerana ianya merupakan komponen yang digunakan semasa kren menara beroperasi. Pemunya bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan yang lengkap ke atas setiap komponen dengan kawalan dan seliaan Orang Yang Kompeten yang telah berdaftar dengan JKKP.

Perkara-perkara yang harus dititikberatkan adalah :

  1. Hoisting rope dan pulley yang di gunakan hendaklah memenuhi spesifikasi rekabentuk pembuat kren
  2. Pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala hoisting rope dan pulley serta trolley hendaklah di lakukan pada sela masa yang kerap
  3. Operator kren hendaklah peka terhadap keadaan perubahan yang mungkin berlaku terhadap kren menara yang di kendalikanya
  4. Limit Switch hoisting hendaklah di pastikan berfungsi dengan baik dan di setkan mengikut spesifikasi rekabentuk pembuat kren.
 

 

Cetak Emel