Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Safety Alert Kes Kebakaran Loji Penapis Minyak

Satu kebakaran melibatkan heat exchanger telah berlaku di sebuah loji penapisan minyak pada 25 Jun 2016 lebih kurang pukul 9.30 malam. Kebakaran ini juga telah menyebabkan beberapa unit heat exchanger bersebelahannya turut terbakar serta menjejaskan sedikit struktur bangunan dan dipercayai tiada sebarang kecederaan berlaku kepada pekerja. Kebakaran ini telah berjaya dipadamkan lebih kurang 20 minit kemudian.

 

safetyalert okt2016

Rajah 1: Kebakaran di tempat kejadian

 

Bagi mengelakkan kemalangan yang sama daripada berulang, berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang disyorkan:-

  1. Menjalankan penyenggaraan berkala ke atas semua sistem pepaipan dan jentera-jentera yang terlibat, melaporkan dan mengambil tindakan penambahbaikan.
  2. Ikatan bol dan nut pada jentera dengan menggunakan torque wrench haruslah berpandukan kaedah yang ditetapkan oleh pembuat.
  3. Melaksanakan program bagi memastikan prosedur kerja selamat dalam pengendalian bahan mudah terbakar semasa penyelenggaraan.
  4. Perlu memberi latihan pengawasan terhadap pekerja dan pendedahan terhadap pengendalian tentang bahaya yang berkaitan oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang proses atau jentera tersebut.
  5. Rekod pemeriksaan berkala ke atas jentera tersebut hendaklah dikemaskini dan diaudit dari masa ke semasa

 

Rujukan:

1.    Factory and Machinery Act 1967
2.    Petroleum Act (Safety Measures)1984
3.    U.S Chemical Safety and Hazard Investigation Board,2175 K St.N.W,Washington D.C 20037

 

Cetak Emel