• Arkib Info KKP
  • 2014
  • Kejadian Letupan Silinder Oksigen Di Loji Pengisian Semula Oksigen
Slider

Kejadian Letupan Silinder Oksigen Di Loji Pengisian Semula Oksigen

bkf 032014Rajah 1 : Keadaan loji selepas kejadian letupan silinder oksigen

Satu kejadian letupan silinder okisgen berlaku di sebuah loji pengisian semula oksigen yang telah mengakibatkan seorang pekerja maut dan seorang lagi cedera parah. Kesan letupan telah mengakibatkan kerosakan teruk di kawasan pengisian semula dan menyebabkan tingkap serta panel siling bangunan berhampiran (dalam jarak 3-6 meter radius) berkecai. Siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku ketika kerja pengisian gas oksigen ke dalam silinder sedang dijalankan. Ketika itu juga terdapat sejumlah silinder yang sudah siap diisi menunggu untuk penghantaran kepada pelanggan.

Berikutan dengan kejadian ini, adalah disyorkan langkah-langkah keselamatan berikut diambil tindakan :

  1. Memastikan silinder yang diterima untuk pengisian semula tidak mengalami kecacatan fizikal (karat, scales, pitting, dented dll) yang boleh mengurangkan daya ketahanannya;
  2. Memastikan bahawa tiada sebarang kekotoran seperti minyak dan gris pada injap sebelum memulakan proses pengisiaan semula oksigen;
  3. Memastikan injap yang digunakan tidak bocor sebelum ianya dipasang kepada silinder;
  4. Silinder oksigen yang telah diisi haruslah sentiasa dipastikan berada dalam keadaan menegak semasa dalam simpanan juga semasa penghantaran;
  5. Majikan harus memastikan pekerja diberi latihan; kefahaman yang mendalam dalam mengendali silinder sebelum, semasa dan selepas pengisian; dan
  6. Majikan harus memastikan bahawa silinder dikendali secara baik, bebas dari jatuh dan terhentak.

Rujukan:-

  1. Guidelines for gas cylinder safety, BOC, Australia
  2. Take care with oxygen , Fire and explosion hazard in the use of oxygen, HSE UK
  3. www.hse.gov.uk/pubns/indg459.htm

Cetak Emel