• Arkib Berita
  • 2016
  • 402 buruh maut di tapak binaan dalam tempoh 6 tahun - Berita Harian Online
Slider

402 buruh maut di tapak binaan dalam tempoh 6 tahun - Berita Harian Online

Berita Harian Online, 10 November 2016

news bho 101116Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib. - Foto Balqis Jazimah Zahari

 

KUALA LUMPUR: Seramai 402 buruh binaan maut di tapak pembinaan dalam tempoh hampir enam tahun, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Katanya, jumlah kes kematian buruh binaan yang disiasat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) itu juga didapati meningkat setiap tahun.

"Dalam tempoh 2011 hingga Oktober 2016, seramai 402 kematian dicatatkan, membabitkan 51 orang pada 2011, 67 orang (2012), 69 orang (2013), 72 orang (2014) dan 88 orang (2015). Kes pada tahun ini adalah seramai 55 orang.

"Jumlah pekerja binaan yang mengalami kecederaan pula adalah seramai 594 kes, iaitu 48 orang pada 2011, 110 orang (2012), 95 orang (2013), 98 orang (2014), 148 orang (2015) dan 95 orang pada tahun ini," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang ingin tahu jumlah pekerja binaan dan individu lain yang maut atau tercedera ketika kerja pembinaan dijalankan, serta langkah diambil bagi mencegah kes berkenaan.

 

 

Cetak Emel