• Arkib Berita
  • 2015
  • Lelaki terjatuh dalam tangki bahan kimia - Utusan Online
Slider

Lelaki terjatuh dalam tangki bahan kimia - Utusan Online

Utusan Online, 19 Oktober 2015

 

BUKIT MERTAJAM 18 Okt. – Seorang pekerja syarikat pemasangan barangan elektrik cedera selepas terjatuh ke dalam tangki bahan kimia di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Perai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi, mangsa berusia 25 tahun pergi ke kilang berkenaan untuk melakukan pemasangan kipas namun tergelincir ketika menaiki tangga.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan, seramai sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk memberi bantuan.

“Mangsa mengalami sesak nafas serta kecederaan pada bahagian belakang badan dan tangan, manakala asid hanya mengenai bahagian kaki,” kata kenyataan berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal, bahan kimia itu mengandungi dua peratus asid sulfrik dan mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini, untuk rawatan lanjut.

 

Cetak Emel