Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Kejadian Merbahaya Kren Menara Taman Molek

kren menara tamanmolek

Pada 24 Februari 2016 lebih kurang pukul 10.25 pagi satu kejadian merbahaya yang melibatkan sebuah kren menara jenis luffing telah berlaku. Hasil penyiasatan mendapati tali luf kren tersebut telah putus dan menyebabkan bum kren jatuh menghempap jalan seperti di dalam gambar.

Cadangan Langkah-Langkah Pencegahan:

  1. Memastikan tali luf (luff rope) yang digunakan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pembuat;
  2. Menjalankan pemeriksaan berkala ke atas tali luf;
  3. Menukarkan tali luf yang rosak, cacat ataupun beberapa helaian tali dawai telah putus dengan kadar segera;
  4. Memastikan keadaan kerek (sheave) dalam keadaan baik tanpa kecacatan atau kerosakan; dan
  5. Memastikan sudut fleet mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pembuat.
 

 

Print Email