Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Kejadian Letupan Habuk di Kilang Memproses Kenaf


letupan habuk

Pada 2 Oktober 2016 lebih kurang pukul 12.00 tenghari satu kejadian letupan habuk telah berlaku disebuah kilang di yang memperoses butiran arang batang kenaf kepada bentuk serbuk di Terengganu. Kejadian ini telah menyebabkan seorang pekerja mengalami kecederaan dan kerosakan yang serius kepada jentera dan bangunan seperti ditunjukkan pada Gambar.

Cadangan Langkah-Langkah Pencegahan:

  1. Menjalankan penafsiran risiko bagi mengenalpasti lokasi yang paling mungkin yang boleh menyebab berlakunya letupan habuk;
  2. Mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan elemen-elemen dalam pentagon letupan habuk yang terdiri dari bahan boleh terbakar (fuel), bahan pengoksidaan (oxidant), sumber pencucuhan (ingnition source), penyerakkan habuk (dispersion of dusts) dan ruang tertutup tidak bercantum;
  3. Memasang peralatan tambahan seperti rapture disk pada ruang tertutup untuk mengurangkan impak tekanan; dan
  4. Memberi latihan dan kesederan kepada pekerja berkaitan dengan risiko letupan habuk.
 

 

Print Email