Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • Wanita parah dihempap dinding runtuh
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • Wanita parah dihempap dinding runtuh

Wanita parah dihempap dinding runtuh

 Berita Harian Online, 28 August 2013

Butterworth: Seorang wanita warga Indonesia cedera parah selepas dihempap runtuhan dinding bangunan apabila sebuah kilang memproses ubat meletup dan terbakar di Kawasan Perusahaan Perai 3, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, Rachel Supadmi, 30-an, ditemui dalam keadaan tertiarap dihempap dinding itu selepas sebahagian struktur di tingkat satu bangunan berkenaan runtuh. Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Azmi Tamat, berkata mangsa yang tersepit berjaya dikeluar menggunakan beg udara untuk mengangkat dinding itu sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, dan kini dilaporkan stabil.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati letupan dipercayai berpunca daripada bahagian pengeringan yang menempatkan mesin untuk mengeringkan ubat-ubatan di kilang berkenaan.

Katanya, bagaimanapun, 50 pekerja kilang terbabit bernasib baik kerana sedang berehat dan berada di luar bangunan.

Ketuhar yang ditinggalkan tanpa dikendalikan untuk proses pengeringan ubat itu dipercayai meletup menyebabkan kebakaran di tingkat bawah kilang.

Kemungkinan letupan berlaku ketika mangsa berpatah balik masuk ke dalam bangunan kilang untuk mengambil barang miliknya menyebabkan mangsa terperangkap di bawah runtuhan di bahagian pembungkusan, katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Print Email