Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • GMTB tekad bukti kemampuan
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • GMTB tekad bukti kemampuan

GMTB tekad bukti kemampuan

Harian Metro Online, 23 Ogos 2013

 

Ipoh: Pasukan Geng MTBeskal (GMTB) dari Ipoh mahu buktikan penyertaan Sirkit 2 Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2013 di Kellie’s Castle, Batu Gajah, Ahad ini bukan sekadar sebagai pelengkap kejohanan.

Walaupun nama tidak segah pasukan Ipoh lain, jurucakap pasukan Ahmad Syukri Ahmad Ghazman melaungkan amaran dan tekad sembilan wakil pasukan itu untuk memberi saingan.


“Kami sudah menetapkan sasaran menyertai Sirkit 2 MTB Harian Metro ini sejak awal lagi.

 

“Penyertaan kami bukan untuk suka-suka. Justeru kami sudah membuat persiapan rapi sejak Februari lalu dan kini hanya menunggu masa untuk mengerah kudrat dalam perlumbaan,” katanya.


Menurut Syukri, mereka juga berkesempatan menguji trek perlumbaan dan sehubungan itu tahu apa yang akan mereka hadapi.


“Saya rasa trek Kellie’s Castle tidaklah terlalu mencabar dan peluang setiap pasukan terbuka,” katanya yang mensasarkan kedudukan bawah 100.

Syukri menjelaskan pasukan itu mempunyai lapan penyertaan dalam acara terbuka dan seorang peserta kategori veteran. Begitupun katanya, hasrat GMTB menghantar ayam tambatan, Shahrul Fahmi tidak kesampaian kerana mengalami kecederaan lutut.


“Fahmi memang teringin sangat menyertai MTB Harian Metro ini tetapi ditimpa kecederaan.” Berikutan itu cabaran pasukan itu kini disandarkan kepada Ani Othman, Mohd Alif Mohd Ali, Mohd Faizal Mohd Halim, Mohd Fauzi Mat Zizi dan dirinya sendiri.

Mengenai penubuhan GMTB, pasukan itu dipelopori olehnya dan Shamsul Mohd Yunus iaitu kakitangan di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) pada 2012.


“Mereka membuat persiapan menerima kunjungan Ketua Pengarah JKKP, Datuk Ir Dr Johari Basri dan menganjur program Kayuhan Bukit Kinding Golf Resort pada Februari 2013.


“Ketika inilah juga GMTB didaftarkan secara rasmi dengan hanya lima orang ahli,” ujarnya .


Kini GMTB memiliki 15 ahli terdiri daripada pekerja di Jabatan Alam Sekitar (JAS), JKKP dan swasta.


“Dalam tempoh singkat kami bergerak cergas dengan menyertai banyak jamboree dalam dan luar negeri.


“Penyertaan terakhir kami ialah Ipoh Ride anjuran pasukan Happy TGo Ride (HTR) di Ulu Kinta.” Begitupun Syukri berkata, pencapaian bukan perkara pokok buat ahli GMTB sebaliknya peluang beriadah dan juga berkenalan dengan pelumba lain melalui aktiviti berbasikal.

 

Print Email