Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sempena Minggu KKP 2012

Tarikh : 11 - 12 Julai 2012 (Rabu-Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Grand Dorsett Subang, Selangor
** TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 2 JULAI  2012 **
Yuran Pendaftaran RM 550.00 bagi setiap peserta untuk dua(2) hari termasuk kemudahan makan, nota dan beg seminar disediakan.

TEMA

‘Majikan dan Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan’

TAJUK

Pengenalan kepada 'Ergonomics Risk Assessment dan OSH Calculator

PENDAHULUAN

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) telah berkuatkuasa semenjak tahun 1994. Setelah 18 tahun ianya dikuatkuasakan, banyak peningkatan dapat dilihat dari aspek pengurangan kadar kemalangan di tempat kerja, peningkatan bilangan pengamal KKP di Malaysia dan lain-lain lagi. Seiring dengan tema Minggu KKP 2012 iaitu "Majikan dan Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan", Majlis Negara Bagi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan & Sukan (PKS) JKKP Selangor mengambil inisiatif menganjurkan seminar ini untuk mempromosikan KKP kepada kumpulan sasaran.

OBJEKTIF

  • Menghebahkan impak akta KKP 1994 selepas 18 tahun
  • Pengenalan kepada isu-isu terbaru berkaitan KKP
  • Mempromosikan KKP dalam teknologi hijau
  • Mendedahkan kumpulan sasaran kepada penilaian risiko ergonomik dan pengiraan anggaran kos akibat kemalangan di tempat kerja

KUMPULAN SASARAN

  1. Sektor Pembuatan, Pembinaan dan Perkhidmatan
  2. Pengamal KKP / Perunding
  3. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO)
  4. Ahli Jawatankuasa KKP
  5. Pegawai Sumber Manusia
  6. Badan-badan kerajaan berkaitan
{phocadownload view=file|id=987}
{phocadownload view=file|id=988}

Bayaran boleh dibuat melalui cek/wang pos/kiriman wang kepada:

Persatuan Kebajikan & Sukan (PKS) JKKP Selangor,
Tingkat 7, Wisma Consplant 2,
Jln SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor
(T): 03-5623 6400
(F): 03-5638 9159

Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran sila hubungi:
Pn. Sharifah Nurol (019-5701645)
Pn. Wahidawatie (019-2809636)
Pn. Zurena (012-7277835)

Print Email