Breadcumb Caption
  • Soalan Lazim
Breadcumb Caption
  • Soalan Lazim

Kelulusan KPD DOSH SIRIM

Terdapat 7 jenis KPD yang memerlukan kelulusan daripada Ketua Pengarah JKKP yang merangkumi perlindungan pernafasan, pendengaran, mata, tangan, kaki, badan dan kepala. Ringkasan KPD yang memerlukan kelulusan adalah seperti di bawah:

Jenis KPD

Keperluan Kelulusan

Tiada Keperluan Kelulusan

Kepala

Semua Jenis

Tiada

Kaki

Pelindung bahaya kimia

Selain pengendalian bahan kimia

Telinga

Semua jenis termasuk

earmuff with noise cancellation

Tiada

Mata

Pelindung bahaya kimia

Pelindung bahaya mekanikal

Tangan

Pelindung bahaya kimia

Pelindung bahaya mekanikal dan elektrikal

Contohnya: Electrical hazard protection glove and cut resistant glove

Badan

Abah-abah dan aksesori

Bosun Chair

Pelindung bahaya kimia

Pelindung bahaya mekanikal

Respiratory

Pelindung bahaya kimia

Particulate respirators yang digunakan  untuk kawalan pandemik covid-19, SCBA dan ELSA.

Keperluan mendapatkan kelulusan KPD sebagaimana termaktub dalam Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturannya. Ia dapat dirujuk dari Perundangan Berkaitan KPD.

Ia melibatkan semua produk KPD yang digunakan di tempat kerja, termasuklah produk KPD yang diimport dan dibuat di dalam negara.

Terdapat 7 jenis KPD yang memerlukan kelulusan daripada Ketua Pengarah JKKP yang merangkumi perlindungan pernafasan, pendengaran, mata, tangan, kaki, badan dan kepala. Ringkasan KPD yang memerlukan kelulusan adalah seperti di bawah:

 Jenis KPD Keperluan Kelulusan  Tiada Keperluan Kelulusan 
 Kepala  Semua Jenis  Tiada
 Kaki  Pelindung bahaya kimia  Selain pengendalian bahan kimia
 

Telinga

 

Semua jenis termasuk

earmuff with noise cancellation
 Tiada
 Mata  Pelindung bahaya kimia  Pelindung bahaya mekanikal
 Tangan  Pelindung bahaya kimia  

Pelindung bahaya mekanikal dan elektrikal

Contohnya: Electrical hazard protection glove and cut resistant glove
 Badan  Abah-abah dan aksesori  Bosun Chair
Pelindung bahaya kimia Pelindung bahaya mekanikal
 Respiratory  Pelindung bahaya kimia Particulate respirators yang digunakan  untuk kawalan pandemik covid-19, SCBA dan ELSA.

Tarikh penguatkuasaan adalah seperti di bawah:

  1. Pelindung kepala dan kaki- bermula 1 Jun 2020
  2. Pelindung pernafasan (particulate filter) - bermula 1 Jun 2021
  3. Pelindung badan(Abah-abah dan aksesori) - bermula 1 Jun 2021
  4. Lain-lain jenis KPD-bermula 1 Jun 2022
    1. Pelindung pernafasan (selain particulate filter)
    2. Pelindung pendengaran
    3. Pelindung mata (bahaya kimia)
    4. Pelindung tangan (bahaya kimia)
    5. Pelindung badan (bahaya kimia)

Majikan perlu memastikan semua penggunaan KPD di tempat kerja mempunyai label pensijilan DOSH-SIRIM. Keperluan untuk pembekal atau pembuat KPD mendapatkan kelulusan DOSH-SIRIM telah diperkenalkan oleh DOSH pada tahun 2016.

KPD tanpa kelulusan JKKP dibenarkan untuk digunakan sehingga habis tempoh masa penggunaannya. Pembelian KPD selepas itu, perlulah mempunyai kelulusan JKKP dengan label DOSH-SIRIM.

JKKP akan mengkaji perkara berikut -

(a) Pendekatan bertahap untuk mengurangkan beban industri

(b) Membolehkan pengelompokan produk dari jenis yang sama.

(c) Mengurangkan beban kepada industri dari segi kos (ujian  produk & audit kilang) dan masa.

Ya, kelulusan PPE di bawah Akta FMA 1967 masih perlu dipatuhi sehingga tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta untuk Pindaan OSHA dan Pemansuhan FMA.